Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Industri hiburan, perfileman Bollywood alami kerugian akibat Covid-19

Jun 02, 2020 | 04:00 PM



PATNA: Penularan koronavirus (Covid-19) telah menyebabkan kerugian kepada industri hiburan dan perfileman Bollywood tahun ini, lapor akhbar Arab News hari ini.



Industri filem India, yang menjangkakan pendapatan bernilai INR183 bilion ($3 bilion) pada 2019, kini mungkin hadapi kerugian sebanyak INR24 bilion ($464 juta), kata para pakar perfileman di negara itu.



Akhbar itu hari ini melaporkan, sekiranya perintah berkurung yang dilaksanakan dua bulan lalu berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk lagi.



"Kerugian pendapatan keseluruhan ... untuk industri akan diterjemahkan kepada keuntungan yang jauh lebih rendah bagi syarikat walaupun terdapat langkah pemotongan kos," petikan laporan yang dikeluarkan Credit Rating Information Services of India Limited.



Dengan ramalan suram seperti itu, para pakar hadapi perasaan bercampur-baur mengenai sama ada menayangkan filem di wadah digital adalah penawar yang baik - atau mungkin satu-satunya penawar bagi industri hiburan India.



Pengarah filem terkenal, Shekhar Kapur, mengajukan pertanyaan yang relevan dalam perbahasan tentang hal ini: Adakah rata-rata penonton filem bersedia untuk berkunjung ke pawagam dalam keadaan sekarang?



"Katakanlah panggung filem akan dibuka semula sekarang," katanya. 



“Anda harus melalui ujian Covid-19, diikuti dengan keselamatan. Maka hanya setiap tempat duduk keempat yang dapat ditempati, kerana kami memerlukan tiga tempat duduk kosong untuk jarak 6 kaki. Bayangkan seseorang mula batuk di tengah-tengah adegan penuh emosi. 



"Adakah anda melangkah keluar? Sekarang beritahu saya sama ada anda lebih suka tinggal di rumah dan menonton Netflix."



Kapur, yang terkenal dengan filem-filem seperti "The Bandit Queen" dan "Elizabeth," menyatakan kepada Arab News bahawa panggung pandu masuk "tidak lama lagi dapat kembali." 



Penonton filem kelihatan bersetuju.



Sudhir Patwari adalah pengusaha dan penggemar filem dari Patna, ibu kota negara bahagian timur laut Bihar, yang mengatakan bahawa walaupun beliau menyukai pengalaman itu, namun tidak akan mengambil risiko untuk pergi ke pawagam dalam waktu terdekat.



"Saya suka menonton filem di layar lebar sahaja. Sebenarnya, sebelum ditutup, saya tidak pernah menonton filem di rumah. Tapi sekarang, saya rasa bukan idea yang baik untuk pergi ke pawagam sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini. Saya tidak boleh mengambil risiko itu," katanya.



Sebagai tindak balas kepada rasa kegelisahan yang meluas di kalangan masyarakat yang gemar menonton filem, beberapa penerbit filem beralih ke wadah video penstriman mudah ditonton (OTT) seperti Netflix, Amazon Prime, dan YouTube, untuk menayangkan filem.



India pada masa ini menawarkan lebih daripada 30 wadah penstriman, termasuk syarikat Amerika seperti Netflix dan Amazon Prime Video dan syarikat tempatan seperti ZEE5, ALTBalaji, VOOT, Disney + Hotstar dan lain-lain.



Pendapatan dari wadah digital, bagaimanapun, sukar untuk dianggarkan kerana ia bergantung pada berapa banyak filem yang dibeli oleh platform OOT - dan ini hanyalah secebis halangan yang bakal dihadapi oleh industri ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >