'Influencer' kena kreatif tularkan produk masa Covid-19, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

'Influencer' kena kreatif tularkan produk masa Covid-19

Nov 10, 2020 | 05:30 AM

SEBELUM penularan Covid-19, laman Instagram mereka dipenuhi gambar mereka, yang kadangkala disertai keluarga mereka, bersarapan dalam kolam renang di sebuah vila di Bali, menaiki tuk tuk di Krabi, menikmati aiskrim di tengah-tengah pusat bandar Perth dan berehat sambil menanti penerbangan di ruang menunggu lapangan terbang.

Tetapi sejak beberapa bulan lalu, gambar yang dimuat naik di laman media sosial mereka itu rata-ratanya diambil di rumah atau di pelbagai tempat lain di sekitar Singapura.

Namun, bukan kandungan Instagram mereka sahaja yang berbeza tahun ini berbanding tahun lalu dan sebelumnya.

Bahkan, wanita yang dikenali sebagai pempengaruh, atau influencer - individu yang mempunyai ramai pengikut dan memiliki kemampuan mempengaruhi orang lain - ini juga terpaksa membuat pelbagai penyesuaian dan mengubah pendekatan mereka terhadap pemasaran pempengaruh yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bagi Cik Hanan Sheikh Helme Al-Johary yang dikenali sebagai @phsha di Instagram, bukan mudah baginya pada mulanya menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan, lebih-lebih lagi semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan pandemik itu.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ini antara lain disebabkan sesetengah syarikat, jenama dan klien terpaksa mengurangkan dana yang diperuntuk mereka bagi pemasaran pempengaruh demi menangani kesan Covid-19.

Namun, selepas Fasa Kedua pembukaan semula ekonomi Singapura bermula, beliau berkata keadaan bertambah baik, dengan lebih ramai pemilik perniagaan lebih terdorong memikirkan cara kreatif dan menggunakan khidmat pempengaruh untuk mendekati orang ramai.

"Selepas beberapa bulan... kedua-dua pempengaruh dan perniagaan menemukan cara terbaik untuk bekerjasama demi mencapai matlamat bersama.

"Contohnya, jenama produk kecantikan mendapatkan khidmat saya dengan menunjukkan contoh warna produk kosmetik bagi memasarkan produk mereka.

"Memandangkan kedai yang menjual produk kosmetik seperti Sephora tidak dibuka ketika itu, mereka menggunakan khidmat pelbagai pempengaruh untuk mendekati orang ramai," ujarnya.

Bahkan bagi Cik Hanan, 28 tahun, beliau kian mendapat lebih banyak projek daripada klien dan jenama besar bagi memasarkan produk atau khidmat mereka.

Seorang lagi pempengaruh, Cik Sofia Arissa Arman, 23 tahun, yang dikenali sebagai @sofiaarissa.a di Instagram, turut mengakui bahawa pandemik Covid-19 telah menghasilkan lebih banyak kerjasama dalam bidang pemasaran media sosial.

Beliau juga berjinak-jinak dengan wadah media sosial TikTok baru-baru ini bagi mendekati lebih ramai orang.

"Saya belajar bagaimana menggunakan aplikasi TikTok daripada adik-adik saya.

"Saya juga harus mengubah strategi saya hasilkan video dan... saya dapati permintaan yang bertambah," ujar Cik Sofia Arissa.

Namun, baginya, penting menikmati setiap langkah proses itu dan bersikap kreatif supaya bekerja dari rumah juga lebih seronok.

Bagi sesetengah pempengaruh, Covid-19 juga telah mendorong lebih ramai pemilik perniagaan dari rumah (HBB) menggunakan khidmat mereka untuk memasarkan produk yang dijual.

Menurut Cik Diah Mastura Roslan, 39 tahun, yang dikenali sebagai @etrangle di Instagram, beliau kini mempunyai lebih ramai klien HBB dan perniagaan kecil sejak Covid-19.

"Sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan bermula... jumlah klien yang menghubungi saya tiba-tiba melonjak kerana mereka juga ingin meningkatkan pendapatan... dan ingin bantuan menolong mereka meningkatkan jualan mereka juga.

"Tentunya, saya melihat lebih ramai klien tetapi saya juga kesal kerana masih ramai yang berada dalam senarai menunggu saya.

"Saya tidak boleh lakukan terlalu banyak reviu sehari kerana saya yakin akan pentingnya keseimbangan kehidupan bekerja. Saya juga perlu luangkan masa buat anak-anak dan keluarga saya," ujar ibu lima anak itu.

Namun, semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan, Cik Diah Mastura mengakui beliau juga menerima lebih banyak tempahan iklan berbanding biasa dan mengurangkan kos yang dikenakan bagi turut memberi sokongan kepada HBB dan perniagaan kecil ini semasa tempoh yang mencabar ketika itu.

Tambahnya, lebih ramai orang kini yakin dengan pempengaruh berbanding dahulu.

Sebagai pempengaruh, Cik Diah Mastura berkata beliau ingin dikenali sebagai seorang yang boleh dipercayai dengan reviunya yang jujur dan terperinci.

Oleh itu, beliau mencuba setiap produk yang diberikan kepadanya dan hanya akan membuat reviu bagi produk itu jika beliau sukakannya atau melihat potensi dalam produk itu.

"Ini satu tanggungjawab besar bagi saya tetapi saya suka pekerjaan saya.

"Saya juga ingin menjalankan tugas ini dengan baik daripada sekadar dikenali sebagai pempengaruh yang mendapat bayaran tanpa mencuba produk yang diberikan kepada saya," ujarnya.


"Selepas beberapa bulan... kedua-dua pempengaruh dan perniagaan menemukan cara terbaik untuk bekerjasama demi mencapai matlamat bersama.
Contohnya, jenama produk kecantikan mendapatkan khidmat saya dengan menunjukkan contoh warna produk kosmetik bagi memasarkan produk mereka.
Memandangkan kedai yang menjual produk kosmetik seperti Sephora tidak dibuka ketika itu, mereka menggunakan khidmat pelbagai pempengaruh untuk mendekati orang ramai."

- Cik Hanan Sheikh Helme Al-Johary.

"Saya belajar bagaimana menggunakan aplikasi TikTok daripada adik-adik saya. Saya juga harus mengubah strategi saya hasilkan video dan... saya dapati permintaan yang bertambah."
- Cik Sofia Arissa Arman.

"Sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan bermula... jumlah klien yang menghubungi saya tiba-tiba melonjak kerana mereka juga ingin meningkatkan pendapatan... dan ingin bantuan menolong mereka meningkatkan jualan mereka juga."
- Cik Diah Mastura Roslan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map