Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ingin buru kerjaya bola sepak, nyanyian

Aug 10, 2022 | 05:30 AM



JIKA sebut sahaja nama Syed Azmir, rata-rata kebanyakan masyarakat setempat dan seberang mengenali jejaka berbakat berusia 38 tahun ini.



Nama Syed Azmir Syed Azman mula naik dalam industri hiburan setempat pada tahun 2005 apabila membuat kemunculannya dalam rancangan mencari bakat - Anugerah.



Meskipun dinobatkan sebagai naib juara dalam rancangan realiti itu, itu tidak menghentikan Syed Azmir untuk terus maju ke hadapan.



Bahkan, di antara 'Anugerah Boys', Azmir merupakan satu-satunya daripada mereka yang telah ditawarkan kontrak rakaman bersama label Wake The Baby Records, syarikat milik penyanyi dan komposer Ajai.



Setelah kejayaan melancarkan album bersama Ajai, Azmir sempat berada di Kuala Lumpur selama tiga tahun dan pernah membuat persembahan di London.



Beliau yang sebelum itu pernah meninggalkan dunia bola sepak dan kembali ke dunia sukan setelah meninggalkan kerja-kerja seninya.



Beberapa tahun lepas, Azmir menyedari bahawa keinginan dan kebolehannya terbahagi pada dua, kemahiran dalam sukan bola sepak serta bakat dalam nyanyian.



Dari itu, Azmir memilih untuk melakukan kededua kebolehan dan keinginannya kini.



Pada tahun 2019, Azmir kembali pada dunia nyanyian dengan melancarkan single - Lebih Baik Jauh Darimu terbitan bakat tempatan, Rauzan Rahman di mana dia menulis bersama Imran Ajmain.



Azmir yang pernah menghasilkan album berjudul Prosa X pada tahun 2007 kini memiliki tiga lagu yang dilancarkan sebagai single memandangkan trend bagi seorang anak seni menghasilkan album penuh belum kembali lagi.



Baru-baru ini, wartawan Berita Harian menemu ramah Azmir dan sempat beliau berkongsi tentang pelancaran lagu barunya yang berjudul 'Sayang' yang dilancarkan hari ini.



"Saya sekali lagi bekerja sama dengan Ashidy Ridwan untuk lagu Sayang dan saya puas hati dengan hasil kerja dari kolaborasi kami."



"Saya mula berkolaborasi dengan Ashidy sejak dua tahun lalu, tahun 2020 juga saya lancarkan single kedua berjudul 'Tuhan Kirimkan Kamu' yang memaparkan J-BOY dan sejak itu saya rasa kami serasi dan di dalam lagu seni kami bertemu," kata Azmir.



"Buat lagu yang terbaru ni, seorang bakat baru bernama Syakirah Noble turut kongsi bakat dalam penerbitan 'Sayang'" tambah Azmir.



Syakirah Noble merupakan penyanyi tempatan yang memulakan kerjayanya dalam dunia seni tempatan selepas muncul naib juara dalam rancangan realiti Anugerah 2017.



Memandangkan status Syed Azmir kini jelas sebagai belum berpunya, Azmir yang tersenyum menjawab pertanyaan BH tentang siapakah si 'Sayang' yang disebut dalam lagu terbarunya.



"Beliau bukan seseorang yang saya baru kenali, saya kenali dirinya dah lama juga," jelasnya.



Menjawab soalan tentang adakah si 'Sayang' adalah yang terbaru:



"Iya, memang dia orangnya, maka dengan itu saya abadikan menerusi rekaan grafik untuk kulit lagu ini sebab lagu ini memang tentang dirinya," tambahnya lagi.



Azmir berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum usianya jejak angka 40 sempat berkongsi:



"Saya akan cuba sedaya upaya untuk berkarya seberapa banyak yang mungkin dan insya-Allah saya nak terbitkan album sebelum saya bersara dari dunia nyanyian."



"Bukan saya nak berhenti sekali lagi, cuma tidak menghasilkan lagu-lagu baru. Dalam pada masa yang sama ada katalog lagu yang membolehkan saya buat pilihan untuk membuat persembahan, saya tidak ada rancangan untuk berhenti bernyanyi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >