Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Masih dahaga ilmu vokal

Ingin majukan irama tradisional

Jan 10, 2022 | 05:30 AM



Mereka berdua mungkin sudah menjelajah ke mana-mana bagi pertandingan adu bakat yang memperkasa kemahiran seni dan persembahan. Namun, tidak pernah timbul rasa ingin menggantung mikrofon atau malu untuk bertanding meskipun berpengalaman. BERITA HARIAN melaporkan kisah Rizuan Rashid dan Ize Suliman.




MENYANYI di pentas gah dengan lautan penonton menyaksikan persembahannya di Indonesia dan Filipina merupakan antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan Mohammad Rizuan Rashid.



Enam tahun lalu, Rizuan, yang kini berusia 35 tahun, menyertai peraduan realiti lagu Tagalog, I Love OPM (Original Pinoy Music), disusuli Dangdut Academy Asia 2 (DAA2) pada tahun yang sama.



Di situlah, beliau berkesempatan menemui ramai penyanyi, penerbit muzik dan penggubah lagu berbakat.



Masih terbayang di fikirannya mendengar penyanyi, pelawak dan pengacara, Soimah Pancawati, mengulas persembahannya yang akur tidak begitu mahir berdangdut.



Beliau berbesar hati dapat menyanyi sepentas dengan penyanyi irama tradisional dan pop dari seberang, Syura Badron, yang turut bertanding di DAA2.



Lantaran itu, tertanya-tanya juga penulis apakah yang membuatkan Rizuan ingin menyertai peraduan anjuran Wisma Geylang Serai (WGS), Suara 3.0 pula.



Beliau bahkan berkobar-kobar ingin mengetengahkan dan menggilap kebolehannya menyanyikan lagu dengan irama tradisional yang nostalgik seperti lagu Iyeth Bustami, Laksmana Raja Di Laut dan lagu klasik S. Effendi, Fatwa Pujangga.



Ikuti temu bual bersamanya yang dikendalikan menerusi Zoom di ambang peringkat akhir Suara 3.0 pada 23 Januari ini.



SOALAN (S): APAKAH YANG MEMBUAT RIZUAN INGIN SERTAI SUARA 3.0?



RIZUAN: Saya sebenarnya mempunyai impian ingin kembali ke medan pertandingan vokal setelah sekian lama berehat daripada beradu suara.



Peraduan terakhir saya adalah DAA2 pada 2016. Selebihnya, saya setakat menyanyi santai di aplikasi TikTok. Saya juga mempunyai koir sendiri.



Memandangkan menyanyi adalah sebahagian besar daripada jiwa saya, saya tak fikir dua kali. Masuk sahaja dengan harapan dapat menimba ilmu baru.



S: MENGAPA MAHU PERJUANG LAGU TRADISIONAL?



RIZUAN: Walaupun tak pandai menyanyikannya, saya amat meminati lagu tradisional pop Melayu.



Alhamdulillah, setelah memasuki DAA2, saya berkawan dengan rakan pejuang irama tradisional di Malaysia seperti Rojer Kajol dan Farez Adnan.



Kami berkongsi ilmu dan pengalaman. Dari TikTok pun boleh belajar. Pengikut saya menyatakan apabila saya mendendangkan lagu pop tradisional, suara saya lunak.



Maka, demi kelainan, saya memasuki Suara 3.0 untuk bawakan lagu tradisional. Saya dapati sebilangan besar anak muda tidak begitu mengetahui tentang kewujudan lagu irama tradisional atau tidak berminat menjadikannya santapan halwa telinga.



Saya tak sepandai mana tetapi saya ingin menguar-uarkan kemerduan irama tradisional untuk dihadam generasi muda.



S: APAKAH PRINSIP HIDUP RIZUAN?



RIZUAN: Dalam saya menyertai peraduan serantau, saya selalu ingat pesan ayah saya. Beliau berkata, 'Kalau kau rasa kau bagus, pasti ada yang lebih bagus'.



Memang saya rasakan begitu di pentas I Love OPM dan DAA2. Saya belajar merendahkan hati saya, terbuka untuk belajar lebih banyak perkara, buka minda dan hati.



Kalau ada yang mahir menegur, kita terima dan perbaik diri. Sebab, perjalanan seni ini tidak ada kesudahannya. Kita harus terus timba ilmu baharu.



Sewaktu di pentas DAA2, saya harus tajamkan profesionalisme saya. Berdiri lama dan mendengar ulasan pengulas, saya hanya mampu ketawa tetapi harus tangkap apa pembaharuan dan peningkatan vokal dan persembahan yang saya perlu buat.



Dangdut adalah makanan orang Indonesia. Kita di Singapura jarang menyanyi dangdut. Justeru, kita ke sana untuk belajar sesukar mana pun keadaannya.



S: APA PANDANGAN RIZUAN TENTANG SUARA 3.0 DAN HARAPAN ANDA?



RIZUAN: Memanglah kalau ikutkan hati, semua orang masuk pertandingan nak menang.



Namun, Riz kagum dengan bakat 10 malahan 40 peserta terbaik yang disaring pengadil Suara 3.0. Semuanya bagus dan muda-muda belaka. Mereka ada cara tersendiri. Saya pula dengan cara saya.



Saya ketepikan keraguan untuk nyanyikan lagu pop tradisional. Memandangkan dah ada orang taja baju dan ada yang beri komen menggalakkan, saya rasakan saya teruskan sahaja usaha memartabatkan irama Melayu kita. Moga lebih ramai anak muda yang ingin mendekati irama tradisional yang sarat nilai.



Saya juga berharap agar generasi muda akan dapat merebut peluang memasuki peraduan seperti Suara 3.0 demi masa depan mereka dalam bidang nyanyian. Mereka perlu belajar daripada yang tahu dan jangan sia-siakan masa untuk asah kemahiran.



Kekal merendah hati untuk serap ilmu yang anda pelajari untuk dijadikan sandaran masa depan.



Tapi terus terang, saya kagum dengan peserta muda Suara 3.0. Gentar pun terasa apabila mereka beramai-ramai menyanyi dan bertukar idea. Mereka pun dah boleh cipta lagu dan tahu corak lagu yang mereka ingin persembahkan. Semasa saya sebaya mereka, apa yang saya buat ya?



S: SIAPA SUMBER INSPIRASI ANDA?



RIZUAN: Anuar Zain sejak dari kecil. Saya akan cuba tiru cara beliau menyanyi kerana tidak pernah pergi kelas vokal ketika itu.



Cara Anuar ketengahkan dirinya... memang beliau insan berkaliber dan ada karisma. Semua lagunya menusuk ke sanubari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >