Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ira Kazar dicerai Syamsul: Ramai simpati, ada yang kecam

Aug 20, 2024 | 11:43 AM
Berita Ira Kazar diceraikan Syamsul Yusof mengejutkan ramai netizen.
Berita Ira Kazar diceraikan Syamsul Yusof mengejutkan ramai netizen. - Foto INSTAGRAM IRA KAZAR

KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan pelakon, Syamsul Yusof, 40 tahun, telah membuat kejutan apabila berita yang beliau memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kazar, tersebar pada 19 Ogos dan menjadi perhatian, dengan netizen melemparkan pelbagai komen di media sosial.

Pemeriksaan di akaun Instagram Ira mendedahkan ramai netizen yang telah meninggalkan komen simpati dan rasa terkejut mereka dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba itu.

Sebelum berita perceraian itu tersebar, Ira telah memuat naik beberapa foto terbaru secara solo di Instagramnya, lapor akhbar New Straits Times (NST).

Setelah berita tersebar, beliau menerima banyak komen daripada netizen yang memberi kata-kata semangat agar terus kuat dan tabah.

Ada juga dalam kalangan netizen yang masih tidak percaya dan meninggalkan komen bertanya, apakah betul berita bahawa Syamsul sudah memfailkan cerai terhadap Ira di mahkamah.

“Dah tak pakai cincin kahwin,” komen seorang netizen.

“Berita hari ni itu betul ke? Ke ‘fake news’ (berita palsu),” tulis seorang lagi warga maya.

Ada juga yang menimbulkan semula insiden yang berlaku tidak lama dulu, apabila isteri Syamsul ketika itu, Puteri Sarah Liyana, menuntut cerai setelah hubungan Syamsul dengan Ira terbongkar.

Pasangan tersebut, yang mempunyai dua cahaya mata, iaitu Syaikhul Islam, 7 tahun, dan Sumayyah, 5 tahun, bercerai pada Jun tahun lalu.

“Begitulah... Masa buat orang ‘lupa’...,” komen seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, peguam yang mewakili Syamsul mengesahkan anak guamnya itu memfailkan cerai terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada jam 2 petang pada 19 Ogos.

Menurutnya, perceraian itu difailkan Syamsul atas alasan sudah tidak ada persefahaman untuk terus hidup bersama dengan isterinya itu.

Sebelum ini, Syamsul dan Ira, atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.

Berita pernikahan mereka di negara jiran berkenaan disahkan Syamsul sendiri menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Januari 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg