DARI London, mereka datang bagi mempersembahkan lagu-lagu 'hit' daripada filem popular tentang ejen risikan terhebat dunia, James Bond atau 007.

Jika anda gemar menonton filem aksi dan saspens dalam francais filem James Bond seperti Goldfinger, Diamonds Are Forever, Skyfall, Thunderball, Live and Let Die dan GoldenEye, inilah konsert yang wajar anda hadiri.