Premium
Irama keroncong tenangkan hati
Sep 7, 2020 | 5:30 AM
CABARAN KONSERT DIGITAL: Pengarah muzik konsert digital Keroncong Asmara, Danial Ariffin Azman, perlu menyusun semula beberapa lagu daripada genre berbeza seperti cha cha menjadi irama keroncong di samping membiasakan diri dengan ketetapan berkonsert dengan jarak selamat. - Foto SIX5 PRODUCTIONS -
JIWA pengarah muzik muda dan aktivis seni Orkestra Melayu Singapura (OMS), Encik Danial Ariffin Azman, sudah lama terperangkap dalam muzik era silam.
Jika tahun lalu Encik Danial, 29 tahun, diamanahkan memimpin band kombo bagi Konsert Sukma Irama sempena Pesta Silver Arts, Majlis Seni Kebangsaan (NAC), tahun ini, beliau menyusun semula lagu keroncong malar segar bagi konsert digital Keroncong Asmara.

