Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

‘Salin kulit’ demi timba pelbagai kemahiran seni

Iskandar 3-dalam-1: Hos, pelakon, kru belakang tabir

Feb 28, 2022 | 05:30 AM

Setiap bakat Singapura impikan peningkatan pada kerjaya seni mereka khususnya dalam tempoh mencabar di mana dunia hiburan turut menerima tamparan hebat dek pandemik Covid-19. Ikuti peningkatan perjalanan seni dua bakat setempat yang gigih memperkasa dan memperluas kemahiran masing-masing dalam era digital. BERITA HARIAN melaporkan.


KEUPAYAAN pelakon Iskandar Shah Zulkifli membawa bermacam watak memang tidak dapat dinafikan.

Sebagai watak protagonis atau wira dalam drama belia Mr Ballerino, penonton mungkin 'cair' dengan watak pemuda berkarisma yang membina cita-cita menjadi penari balet.

Sebagai watak antagonis dalam telefilem Hari Raya Haji, Di Akhir Garisan dan drama kembara masa Krono, Iskandar, 28 tahun, membawa watak jahat sebagai suami muda yang memukul isterinya sampaikan penonton menyampah dengan watak jahatnya.

Namun di luar bidang lakonan, bakat serba boleh ini sebenarnya lebih suka jadi pengacara rancangan kembara seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini dalam Swap Kerja 3.

Beliau juga tidak kekok dan canggung bertindak sebagai kru belakang tabir yang membereskan urusan pencahayaan atau hiasan set.

Kerana itulah tugasnya sebelum bergelar pelakon. Beliau juga kini berehat sebentar daripada dunia lakonan untuk mereka hias set drama romantik Tiang Lampu.

Ikuti wawancara Zoom bersama Iskandar yang berkongsi impiannya sebagai anak seni pelbagai kemahiran.

Soalan (S): Apakah yang membuatkan Iskandar rasa ingin menyumbang dalam bidang reka hias set buat masa ini?

Iskandar: Buat masa ini, saya ingin berehat daripada dunia lakonan termasuk teater yang baru saya cuba untuk tumpukan perhatian pada kerja belakang tabir drama.

Saya pernah buat kerja belakang tabir dan saya akur jangka hayat dalam dunia lakonan ini singkat. Tak selama-lamanya nak jadi hero atau watak utama. Tak selama-lamanya nak bergaduh jadi penjahat dalam drama.

Justeru, saya inginkan kerjaya seni saya berkembang maju dari satu fasa ke fasa lain dengan saya juga gigih menimba ilmu belakang tabir.

Singapura bukan Hollywood di mana tawaran lakonan membanjiri sang pelakon. Di negara Barat, kalau dia bagus, macam-macamlah peluang terbentang. Kita di sini pula perlu ada 'Pelan B'.

Dalam set Tiang Lampu, tugas saya lebih pada menghias set, bikin prop, siapkan suasana rumah atau pejabat. Tapi kerja melukis tembok 'mural' bukan dalam bidang kerja saya. Kita ada pelukis 'mural' yang datang membantu.

Kerja kreatif ini adalah satu perkara yang saya suka lakukan. Saya membantu sahabat saya dalam drama S.P.Y, Fadhlur Rahman, yang bertindak selaku penerbit Tiang Lampu.

S: Antara jadi pelakon dengan pengacara, mana yang Iskandar suka lakukan?

Iskandar: Saya sebenarnya tak sabar nak mengacara program kembara macam yang saya lakukan secara bergilir dalam Swap Kerja 3 bersama Taufiq Salleh. Sayangnya, Covid-19 menghentikan peluang sebegini.

Memang, bila-bila masa, saya lagi suka mengacara daripada berlakon. Saya kalau dah berbual memang tak tahu berhenti! Senang cakap, saya lagi suka berbual daripada diminta dengar arahan orang (pengarah) dalam drama.

Bagi saya, pengalaman di Swap Kerja 3 memang yang tak mampu saya lupakan. Saya mengembara ke sana sini dengan membawa kisah kemanusiaan dan perjuangan seseorang yang dicabar menjalankan pekerjaan yang tidak dapat dibayangkan di rantauan.

Mulanya, takut juga nak jadi pengacara. Tengok Ibrahim Sawifi mengacara...oh ni macam kerja berat.

Tapi dalam penerbangan saya ke beberapa negara yang menjadi lokasi penggambaran, saya terfikir, saya tidak perlu ikut cara mengacara abang-abang kita ni.

Saya harus bangun identiti sendiri dengan harapan maklumat dapat senang sampai ke hati penonton generasi muda atau sebaya dengan saya.

Saya pun tak perlu ikut cara Taufiq mengacara. Saya boleh buat cara saya yang saya ibaratkan seperti 'Mat Bawah Blok'!

S: Apabila berlakon dalam beberapa drama silih berganti dan kemudian teater, Iskandar kerap bertukar-tukar watak, penampilan dan stail rambut. Tak pening ke?

Iskandar: Memang kalau saya fikirkan, memang penat secara mental. Rambut bertukar warna, gaya pun berbeza.

Namun, dengan projek datang silih berganti, saya hanya mampu mensyukuri. Timbul rasa cinta pada bidang lakonan yang ingin saya kongsi pada anak cucu saya nanti. Saya benar-benar rasakan momentum menjadi pelakon profesional. Setiap hari berbeza buat saya, mengikut permintaan pengarah.

Saya perah jiwa raga saya dan sejak ditawarkan watak utama dalam Mr Ballerino, tekad saya bina kerjaya lakonan menjadi lebih serius.

Saya cabar diri saya main watak jahat walaupun ada kata, 'Al a...muka kau muka budak baik.' Apabila dah cuba watak antagonis, saya berbesar hati terima komen positif penonton yang rasa 'kejahatan' watak saya.

S: Bagaimana pengalaman pertama berlakon teater dalam pementasan 'Rindu Di Bulan'?

Iskandar: Alhamdulillah, dalam kesuntukan masa, saya mampu melakukannya sambil membuat kerja belakang tabir Tiang Lampu.

Pementasan yang menggabung kisah anak angkat keluarga Melayu dengan mitos Cina ini bak memberi motivasi buat saya sebab ia disajikan di pentas teater breprestij, Pesta Pinggiran M1 Singapore.

Ada kata saya lebih baik sebagai pelakon teater. Ada pula yang rasa saya teruskan sahaja dalam dunia televisyen.

S: Apakah kelainan berlakon dalam drama S.P.Y?

Iskandar: Watak saya ibarat sepaket kopi 3-dalam-1! Sebab saya jadi ejen risikan baru yang menyamar, maka ada beberapa watak untuk dibawakan.

Baik di set atau di luar set, watak saya atau saya sendiri selalu ingin buktikan dapat lakukan lebih baik daripada Salif Hardie yang bawa watak Johari.

Persahabatan kami memang akrab dan kami bersaing secara sihat demi pertingkatkan diri. Ada banyak babak emosi. Sekali lagi dapat serlahkan ciri-ciri 'Mat Bawah Blok' saya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3