Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Isu langgar SOP: Neelofa, suami didakwa di mahkamah pada 20 Mei

May 19, 2021 | 10:17 PM



SEREMBAN: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis (20 Mei) berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri.



Pasangan itu dijangka berdepan pertuduhan melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret Dua Seremban atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini untuk membeli permaidani.



Pasangan pengantin baru itu akan didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).



"Pendakwaan dijangka pada jam 9 pagi," kata sumber yang dihubungi Berita Harian Malaysia pada Rabu (19 Mei).



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman, enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu kemudian.



Pada 4 Mei lalu, pengacara dan usahawan popular serta pendakwah bebas itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan.



Kedua-duanya memberi keterangan selama empat jam berhubung pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.



Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet terbabit.



Isu Neelofa menjadi bualan hangat warganet selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli permaidani dan warganet mempersoalkan bagaimana dia boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.



Perkara berkenaan mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.



Dalam video yang dikongsi juga, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai terbabit yang terletak di Nilai 3.



Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman yang mengesahkan hal itu berkata, siasatan dilakukan mengikut perundangan yang ada dan tiada sebarang keistimewaan diberi. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >