SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Isu 'penyondol' rumah tangga ibu bapa: Shila Amzah minta diberi masa selesai masalah

Isu 'penyondol' rumah tangga ibu bapa: Shila Amzah minta diberi masa selesai masalah

Apr 2, 2023 | 11:52 AM

Isu 'penyondol' rumah tangga ibu bapa: Shila Amzah minta diberi masa selesai masalah

Foto INSTAGRAM FAUZIAH SARMAN
Foto INSTAGRAM FAUZIAH SARMAN -

KUALA LUMPUR: Pengurus peribadi Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah mohon maaf tidak dapat memberi sebarang kenyataan terhadap hantaran ibunya, Fauziah Sarman berhubung gangguan orang ketiga atau 'penyondol'.

Menerusi aplikasi WhatsApp, Aini berkata, Shila turut memohon sedikit masa untuknya menghadapi masa yang sukar ini.

"Saya Aini 'personal manager' kepada Shila. Minta maaf banyak-banyak, Shila tak dapat memberi apa-apa kenyataan buat masa sekarang.

"Beri Shila sedikit masa ya," katanya ringkas kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Mengulas keadaan Shila, Aini berkata, penyanyi Jauh Hati itu berada dalam keadaan baik dan sedang cuba menjernihkan keadaan.

"Shila okay, Alhamdulillah. Biasalah, bila hal keluarga macam ini, Shila sebagai anak sulung kena ambil tanggungjawab selesaikan sesama keluarga," katanya.

Terdahulu, pada petang Sabtu (1 April), isteri penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman yang didakwa berpoligami menimbulkan persoalan di kalangan warganet.

Fauziah menerusi hantaran Instagram (IG) memuat naik sekeping gambar seorang wanita bersama kapsyen yang menimbulkan persoalan ramai.

"Penyondol... Siti Munirah Abdul Ghani ndlalaofficial," tulisnya.

Hantaran itu secara tidak langsung mencetuskan spekulasi sama ada wanita terbabit adalah madu kepada Fauziah.

Bagaimanapun, Fauziah tidak memberi sebarang maklum balas terhadap komen pengikutnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.

Difahamkan, isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit. - BHM

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg