Premium
Isu royalti: Sheila kecewa difitnah tipu, makan duit
Sep 28, 2021 | 5:30 AM
JELASKAN KEADAAN: Datuk Sheila Majid kecewa setelah didakwa 'memeramkan' duit kutipan royalti sebanyak RM21 juta ($6.79 juta) dalam akaun RPM. - Foto INSTAGRAM DATUK SHEILA MAJID -
RATU jaz Malaysia, Datuk Sheila Majid, yang Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM) meluahkan rasa kecewanya apabila difitnah makan duit dan menipu dalam menguruskan wang kutipan royalti.
Beliau didakwa 'memeramkan' duit kutipan royalti sebanyak RM21 juta ($6.79 juta) dalam akaun RPM gara-gara kelewatan pengagihan wang royalti kepada penyanyi dan pemuzik rakaman, lapor laman Kosmo! Online.

