Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu royalti tidak dilanjut: Anak P. Ramlee, Sazali, buntu tiada wang belanja seharian

Dec 25, 2022 | 12:30 PM
Foto BERITA HARIAN MALAYSIA ONLINE
Foto BERITA HARIAN MALAYSIA ONLINE -

KUALA LUMPUR : "Saya sudah tiada duit... Tolonglah!".

Begitu luahan anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 63 tahun, yang merayu kerajaan membantu memanjangkan tempoh wang royalti karya bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) yang diterima, selama ini.

Sazali berkata, sebelum ini, beliau menghubungi MACP bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai permintaannya supaya kerajaan dan pihak bertanggungjawab menambah tempoh perlindungan hak cipta.

"Bagaimanapun, MACP memaklumkan mereka belum terima sebarang jawapan daripada kerajaan ( terdahulu) berhubung permintaan memanjangkan tempoh wang royalti karya bapa saya.

"Justeru, saya berharap kerajaan sekarang iaitu Kerajaan Perpaduan dapat melihat semula dan mempertimbangkan permintaan saya ini.

"Saya dan isteri bukannya hidup senang, kami bergantung dengan wang royalti untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana kesihatan saya dan isteri tidak berada dalam keadaan baik," katanya kepada laman Harian Metro Online.

Menurut Sazali, pada usia 63 tahun, beliau tidak dapat bekerja untuk menampung perbelanjaan berikutan dirinya dan isteri berdepan masalah kesihatan.

"Kudrat saya tidak sekuat zaman muda. Saya nak keluar bekerja pun sangat susah. Sebagai waris tunggal saya harap kerajaan dapat melihat semula dan membantu saya.

"Kalau boleh wang royalti bapa saya diteruskan untuk tempoh tiga tahun lagi. Ia sudah cukup memadai. Sekurang-kurangnya dapatlah saya menampung perbelanjaan tahunan saya dan isteri.

"Lagipun, jumlah wang royalti yang diterima sekarang ini tidak sebanyak dulu. Saya tak boleh jadi kaya pun dengan wang itu, sebaliknya dapat digunakan untuk perbelanjaan harian saya," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan luahan hati Sazali yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini bakal tamat tahun depan.

Dalam pada itu, beberapa pihak termasuk persatuan hiburan dan artis memohon kerajaan mempertimbangkan supaya tempoh perlindungan hak cipta dinaikkan kepada 70 tahun berbanding 50 tahun ketika ini atau waris boleh menerima royalti selama-lamanya.

MACP pula bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi isu berkenaan bersama kerajaan. - HARIAN METRO ONLINE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg