Premium
Izyan tak rasa dirinya kelakar...
May 19, 2019 | 5:30 AM
IZYAN MELLYNA: Tidak jangkakan sikap bersahajanya bekalan bergelar Pelakon Terbaik Dalam Watak Komedi di Pesta Perdana 2019. - Foto ihsan IZYAN MELLYNA ISHAK -
BAGAIKAN mimpi di siang hari. Begitulah perasaan pelakon tempatan, Izyan Mellyna Ishak, 31 tahun, apabila dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi di Pesta Perdana 2019, baru-baru ini.
Sebagai seseorang yang menyifatkan dirinya tidak kelakar dan hanya 'terjebak' sebagai pelakon komedi secara tidak dirancang, Izyan masih dipanah rasa tidak percaya piala Pesta Perdana itu dimilikinya.

