PELAKON yang membesar di televisyen dari zaman Aksi Mat Yoyo ini tidak banyak cakap, tetapi sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan - sebagai pelakon dan di belakang kamera, sebagai pengarah dan penerbit rancangan televisyen.

Pandai mencari peluang dan menyesuaikan diri dengan keadaan menjadikan Izzat Yusoff, 43 tahun, antara pelakon yang mampu menakat dalam bidang lakonan secara sepenuh masa, termasuk dalam tempoh pandemik.