Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jackie Chan enggan serah harta AS$400j kepada anak

Jul 12, 2023 | 03:41 PM



Keputusan yang dibuat pelakon filem aksi komedi, Jackie Chan, untuk tidak mengagihkan hartanya yang bernilai AS$400 juta ($535 juta) kepada anak lelakinya, Jaycee Chan, mengejutkan ramai.

Bagaimanapun, Chan, 69 tahun, berasakan anaknya itu tidak layak mewarisi hartanya yang terkumpul daripada kerja keras membintangi puluhan filem aksi dan filem komedi kerana sikap si anak yang acuh tidak acuh dengan orang sekeliling, tidak menghormati orang tua dan kurang berdisiplin dalam perjalanan hidupnya.

Ini ditegaskan Chan dalam beberapa wawancara media di Hollywood. Menurutnya, beliau lebih rela menyalurkan hartanya kepada pelbagai badan kebajikan yang lebih memerlukan dan akan mewasiatkan sumbangan dermanya itu kelak.

Kata Chan mengenai Jaycee, 40 tahun, seorang penyanyi kepada laman Unilad:


“Jaycee takkan dapat harta saya. Dahlah tak berdisiplin dan tak tahu bagaimana nak menangani wawancara dengan media ataupun ketika berbual dengan orang tua. Kalau dia benar-benar bagus, dia boleh cari duitnya sendiri sebagai penyanyi. Sebab dia tak pandai jaga diri, dia hanya akan membuang harta hasil titik peluh saya.”

Chan yang dikenali kerana beberapa filem seperti Police Story, Shaolin dan Drunken Master juga tiada rancangan menyerahkan hartanya kepada anak permepuannya, Etta Ng Chok, yang dikatakan hidup liar dan suka membuang masa tanpa arah tujuan.


Anak Chan, Jaycee, pernah ditangkap pada 2014 di China kerana memiliki ganja.

Kata Chan lagi:

“Saya sebenarnya malu, sedih, marah dan terkejut. Saya mahu dia bertanggungjawab terhadap perbuatannya. Saya tetap ayahnya dan akur saya akan lalui segalanya bersamanya. Tetapi saya kasihankan ibunya yang remuk-redam kerana sikap Jaycee ini.

“Saya gagal mendidik anak saya. Itulah penyesalan terbesar saya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >