Premium
Bersama Sheila Majid dalam konsert atas kapal
* Pelayaran lima malam dari 27 Januari hingga 1 Februari bermula dari Singapura, kemudian P. Pinang, Phuket, Langkawi, KL dan kembali ke Singapura * Peluang sertai bengkel masak, juga atas kapal
Jan 25, 2019 | 5:30 AM
IKUTI KONSERT SHEILA MAJID SAMBIL BELAYAR: Peluang ikuti pelayaran di atas kapal pesiaran mewah 'Genting Dream' bersama penyanyi terkenal Sheila Majid (kanan). Bagi mereka yang membeli pakej dari Orange Travel, mereka akan mendapat pakej tiga hari dua malam ke Batam secara percuma, kata ketua CEO syarikat itu, Encik Syah Ibrahim (kiri). - Foto-foto fail -
BUAT julung-julung kalinya, penyanyi legenda Sheila Majid bakal membuat persembahan konsert 60 minit di atas kapal pesiaran mewah Genting Dream.
Pakej yang mengetengahkan konsert Sheila Majid ini adalah untuk pelayaran lima malam bermula dari Singapura - Pulau Pinang - Phuket - Langkawi - Kuala Lumpur - Singapura dari 27 Januari hingga 1 Februari ini.

