Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jamal bersuara isu lewat bayaran

Sep 08, 2023 | 02:14 PM



Selepas beberapa penganjur acara melewatkan bayaran, Raja Pop terkenal, penyanyi Datul Jamal Abdillah, 63 tahun, tampil bersuara supaya hak sebagai penyanyi tidak diabaikan.

Menurut Jamal, isu kelewatan bayaran kepada penyanyi sudah lama berlaku dalam arena hiburan, malah terus berlanjutan hingga ke hari ini.

Justeru, sebagai penyanyi senior, Jamal bertindak sebagai wakil penyanyi lain yang membawa isu kelewatan bayaran ke peringkat lebih tinggi demi kebaikan semua pihak termasuk generasi penyanyi akan datang, menurut laporan akhbar BH Online.


“Apa yang berlaku sama seperti era 1980-an dan 1990-an. Penyanyi yang membuat persembahan ada masanya perlu tunggu sehingga dua bulan untuk terima bayaran.

“Isu yang saya bangkitkan ini berlaku membabitkan stesen televisyen (TV) dan penganjur acara. Saya bercakap sebagai wakil rakan penyanyi termasuk anak-anak saya sendiri.

“Saya menjadi wakil menyuarakan perkara ini disebabkan mereka tak berani. Ini kerana mereka risau menjejaskan pendapatan.

“Sebagai orang lama dan nampak isu ini sudah berlarutan sejak berdekad lamanya, saya beranikan diri untuk kebaikan bersama,” katanya kepada BH Online.


Mengulas lanjut, Jamal atau nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, berkata isu kelewatan bayaran perlu dipandang serius kerana penyanyi juga perlu mendapatkan hak selepas selesai melaksanakan tugas tanpa ada sebarang penangguhan.

Tambah Jamal, isu itu menjadi pendorongnya bersuara disebabkan pernah berada dalam situasi sama.

“Isu ini juga sering berlaku di mana penganjur ambil masa selama berbulan-bulan, ada masanya lebih lama untuk menyelesaikan bayaran.

“Saya sendiri pernah berada dalam situasi ini, jadi saya mohon kepada kerajaan memberi perhatian kepada isu kelewatan bayaran ini.

“Saya bercakap secara umum mewakili rakan penyanyi kerana masing-masing sudah melakukan kerja, tetapi perlu tunggu lama untuk terima bayaran.

“Isu ini sudah berlanjutan sejak zaman saya mula menyanyi ketika usia 19 tahun lagi,” katanya.

Pada masa sama, Jamal berkata adalah penting kerajaan memandang serius isu kelewatan bayaran kerana ia membabitkan pendapatan penggiat seni.

“Kalau bayaran lambat diterima bagaimana mahu meneruskan kelangsungan hidup?

“Justeru, saya mohon kerajaan memandang serius isu ini sebab penyanyi juga manusia yang mahu mencari pendapatan.

“Sesetengah artis hanya mampu menyanyi tanpa ada pekerjaan lain seperti perniagaan dan sebagainya.

“Jadi, inilah yang saya cuba bantu, sebab itu sahaja punca rezeki dalam bidang seni suara,” kata bapa kepada penyanyi remaja yang meningkat naik, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani itu.

Sementara itu, Jamal mengakui, beliau tidak berdepan masalah kadar bayaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >