Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS SEBERANG

Janna Nick dikecam warga siber

May 22, 2022 | 09:32 AM



PELAKON popular Malaysia Janna Nick kesal kerana apa saja yang beliau lakukan, baik atau buruk dan mendapat sorotan media, akan mencetuskan perdebatan hebat di media sosial oleh warga siber.



Hinggakan rancangan pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Shakira itu membina Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah juga dipandang serong.



Ia termasuklah mempersoalkan sumber wang digunakannya untuk membina pusat tahfiz, selain jubah hitam digayakan ketika melawat tapak pembinaan yang agak ketat turut menjadi bualan.



"Saya bukannya malaikat, saya juga manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.



"Soal halal, haram atau sebagainya biarlah Allah mengadili. Terpulanglah kepada mulut netizen yang mahu mempersoalkannya," katanya kepada Berita Harian Malaysia.



Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, berkata beliau kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan halal haram sumber pendapatan dalam menjayakan projek murni ini.



"Tetapi, saya tidak mampu menutup mulut netizen yang gemar mencari salah berbanding menyokong perkara baik. Buat baik tetap nak cari kesalahan saya," kata pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Hairan Malaysia Ke-34 itu.



Kemudian baru-baru ini tersebar video yang menunjukkaan beliau tidak membantu seorang pembaca berita TV3, yang menghadapi kecelakaan di jalan raya dan hanya sibuk merakamkan kejadian yang berlaku.



Mengulas tuduhan itu, Janna berkata beliau sebenarnya turun kereta dan bertemu Khairul Rizuan, pembaca berita berkenaan, cuma tidak menyiarkan video penuh.



"Awalnya, saya memang tidak tahu Khairul Rizuan bekerja sebagai penyampai berita di TV3.



"Saya tak boleh melulu keluar daripada kereta tanpa mengetahui cerita sebenar. Lagipun, saya perlu beri tumpuan mendapatkan nombor plat kereta, satu-satunya peluang menangkap suspek.



"Sebaik video dirakam ditamatkan, saya dan Dini Azan Schatzmann turun kereta dan bertemu Khairul Rizuan untuk bertanyakan keadaan dirinya. Saya juga dapat menyerahkan nombor plat kereta suspek kepadanya," katanya.



Penyanyi lagu Gatal Raya itu berkata, beliau belum berkesempatan bertemu Khairul Rizuan lagi.



"Jujurnya, saya buat semua ini atas kapasiti kemanusiaan. Saya percaya jika orang lain yang berada di tempat saya akan melakukan perkara yang sama.



"Sudah memadai Khairul Rizuan mengucapkan terima kasih kerana rakaman saya membantu pihak berkuasa menahan suspek," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >