Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kisah Bintang Indonesia

Jarak usia 20 tahun bukan hambatan cinta Novia-Cak Nun

Aug 07, 2023 | 05:30 AM



Melihat kesetiaan penyanyi Indonesia, Novia Kolopaking, mendampingi suaminya, budayawan dan sasterawan Emha Ainun Najib, atau Cak Nun di hospital, tiada siapa yang menyangka suatu ketika Novia pernah menolak cinta sang suami.

Laman Surabaya Tribunnews melaporkan Cak Nun kini sedang menjalani rawatan di Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Dr. Sardjito di Jogjakarta. Awal bulan lalu, ayah penyanyi Noe Letto itu digegaskan ke hospital kerana pendarahan otak.


Pengamat dunia hiburan Indonesia pastinya masih mengingati detik awal perkenalan Cak Nun, kini 70 tahun, dengan Novia, 50 tahun, pada 1995. Tidak mudah bagi Novia menerima lamaran Cak Nun yang pada waktu itu sudah berstatus duda selepas berpisah daripada isterinya Neneng Suryaningsih pada 1985 setelah tujuh tahun bernikah.

Perbezaan usia menjadi antara penghalang. Novia juga sudah mempunyai teman istimewa ketika itu. Awal pertemuan, Novia diminta membacakan salah satu puisi karya Cak Nun. Pelantun lagu Asmara itu terperanjat kerana Cak Nun ingin berbicara langsung dengannya.


Novia tidak tahu usia Cak Nun pada mulanya tetapi setakat memanggilnya Mas. Cak Nun pula terpaut hati pada Novia yang lemah lembut. Mula ditanyakan hal yang tiada hubungan dengan puisi dan hiburan. Diajaknya Novia menemaninya berbuka puasa tetapi Novia sempat menyatakan beliau tidak boleh lama atas alasan menunggu teman lelakinya.

Cak Nun dikatakan dengan segera langsung meluahkan hasrat di hatinya untuk menjadikan Novia isterinya. Kerana hatinya sudah terikat, Novia menolak dengan baik.

Namun, ternyata keadaan berubah dua tahun kemudian. Novia putus cinta dan akhirnya jodoh menemukannya dengan Cak Nun kembali pada 1997. Setelah perkahwinannya, Novia berhenti daripada dunia hiburan.

“Cak Nun tidak pernah melarang saya untuk terus berkarya. Namun, keinginan untuk jadi suri rumah dan berhenti daripada dunia hiburan datang sendiri daripada hati kecil saya. Saya juga memakai hijab atas kerelaan saya sendiri,” kata Novia yang juga berlakon sinetron ketika itu.

Mereka hidup bahagia dengan empat cahaya mata tetapi salah seorangnya meninggal dunia.

Novia mempunyai hubungan kerabat dengan Kesultanan Mataram dari jalur Amangkurat I yang merupakan mentua Tumenggeng Kalapaking. Ibu Novia adalah cucu Syahriar Adenan, yang moyangnya berasal dari Nagari Sumpu, Sumatra Barat.

Sejak masih kanak-kanak, artis yang akrab disapa Via ini telah dikenali melalui sejumlah majalah kanak-kanak dan penampilan di panggung, baik sebagai penyanyi atau pemain sandiwara.

Namanya mulai dikenali sebagai penyanyi ketika menyanyikan lagu Dengan Menyebut Nama Allah, karya Dwiki Dharmawan dan Ags.Arya Dipayana yang diterbitkan pada 1992.


Beliau juga adalah peneraju watak Siti Nurbaya dalam telefilem Siti Nurbaya. Setelah lapan tahun tidak berlakon, Novia kembali menjayakan sinetron keagamaan, Rinduku Cintamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >