Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jason Statham penuh aksi sebagai ejen 'Operation Fortune'

Tiga filem wira Hollywood yang dikenali ramai menemui penonton di pawagam Singapura hujung minggu ini sempena cuti panjang Tahun Baru Cina lusa. Ada yang berpaut pada genre aksi dan saspens tanpa henti tetapi ada juga yang lebih menekankan perjalanan hidup manusia yang penuh pasang surutnya. Apakah daya tarikan setiap filem ini, kekuatan dan kekurangannya di sebalik bajet besar yang diperuntukkan? BERITA HARIAN melaporkan.
Jan 20, 2023 | 05:30 AM



FILEM risikan terkini, Operation Fortune, yang dibintangi wira aksi, Jason Statham, mungkin kelihatan seperti parodi filem Mission Impossible.



Ia mungkin tidak kelihatan canggih dan bergaya seperti filem James Bond.



Namun, ia mampu membuatkan penonton tertawa tidak kering gusi kerana dialog lucu yang disampaikan.



Operation Fortune menceritakan tentang sekumpulan mafia dari Ukraine yang mencuri alat khas yang dipanggil 'The Handle'.



Kerajaan Britain mendapatkan khidmat Nathan Jasmine (lakonan Cary Elwes) untuk memperolehi alat itu semula sebelum ia dijual pengendali senjata jutawan, Greg Simmonds (Hugh Grant), kepada sesiapa yang meletakkan bida paling tinggi.



Nathan pula mendapatkan ejen risikan mapan, Orson Fortune (Jason Statham), untuk memimpin pasukan yang terdiri oleh Sarah Fidel (Aubrey Plaza), JJ Davies (Bugzy Malone) dan beberapa ejen lain.



Mereka mengembara ke Madrid, Sepanyol, untuk mencari pengirim barangan yang ditugaskan mengirim pemacu keras mengandungi data daripada 'The Handle'.



Operasi mereka bagaimanapun terjejas dengan kehadiran Mike (Peter Ferdinando) yang juga ditugaskan mendapatkan data 'The Handle'.



Orson dan JJ berjaya menghentikan langkah pasukan Mike menyekat pekerja pengiriman itu tetapi si pekerja pula meninggal dunia kerana serangan jantung sebelum dia sempat mendedahkan kod untuk memperolehi data 'The Handle'.



Sarah pula berjaya menyalin kandungan pemacu keras itu sebelum Mike mencurinya.



Filem dengan bajet AS$5.6 juta ($7.4 juta) ini merupakan arahan Guy Ritchie.



Jalan ceritanya mudah diikuti dengan lakonan menyerlah daripada Grant, Statham dan Josh Hartnett yang membawakan watak bintang Hollywood, Danny Francesco, yang berdepan dengan krisis kerjaya merudum.



Semangat Danny bangkit semula untuk menyertai Orson dalam misi tergempar ini.



Statham yang dikenali sebagai wira aksi filem The Italian Job, Fast & Furious serta Killer Elite juga membuktikan pada usia 55 tahun, beliau masih mempunyai tenaga dan tarikan bergelar wira aksi.



Katanya dalam satu wawancara bersama laman Kinowetter:



"Kalau anda sayangkan tugas anda, anda akan lakukannya sebaik mungkin. Saya juga serahkan kepercayaan saya kepada Guy selaku pengarah. Beliau memberikan watak Orson Fortune dialog yang menarik untuk dilontarkan.



"Kebanyakan masa, pelakon risau apa yang akan dilakukan pengarah. Kami jadi resah tetapi bersama Guy, kami tak khuatir. Dia tahu apa yang perlu dilakukan. Kami hanya fokus membawa watak kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >