Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jatuh bangun Siti Nordiana diabadi dalam drama

Drama 'Aku Seorang Perempuan' papar kisah hidup, kerjaya penyanyi dari M'sia
Dec 01, 2022 | 05:30 AM



KEHIDUPAN penyanyi dari Malaysia, Siti Nordiana Alias (gambar) yang penuh onak dan duri sepanjang dua dekad dalam kerjaya hiburan - terutama selepas ditinggal suami ketika usianya terlalu muda - pernah dikongsikan dalam penerbitan buku biografi Life Goes On Siti Nordiana diikuti dengan biografi Bukan Perempuan Biasa (BPB).



Siapa sangka, serentak dengan penghasilan buku itu adalah penerbitan drama 13 episod berjudul Aku Seorang Perempuan yang digarap semula oleh pengarah, Hashim Rejab dan 'dihidupkan' oleh barisan pelakon hebat.



Bagi pelakon berusia 38 tahun yang mesra disapa Nana, beliau tidak pernah menyangka bahawa kehidupan peribadi dan kerjayanya akan diangkat dalam bentuk drama.



"Kisah ini diinspirasikan daripada kisah kehidupan dan kerjaya saya. Ketika pertama kali mendapat tahu mengenai projek ini, pelbagai perasaan timbul.



"Saya sendiri tak pernah menyangka bahawa kisah kehidupan saya akan dijadikan inspirasi untuk drama," katanya, lapor Harian Metro.



Menurut Nana, drama yang disiarkan di saluran TV9 Malaysia itu setiap Sabtu dan Ahad, memaparkan 50 peratus kisah hidupnya bermula dari bertunang, berkahwin, bercerai dan sehingga sekarang.



"Buku biografi novel ini berbeza dengan buku sebelum ini. Malah, untuk drama ini juga ia diinspirasikan daripada kisah hidup saya, cuma tidak sepenuhnya. Hanya 50 peratus saja dan selebihnya diolah bagi memberi warna kepada jalan cerita.



"Apa yang dipaparkan bermula daripada saya dan arwah Faizal Yusof berkenalan. Seterusnya, kami bertunang, berkahwin dan bercerai. Termasuk juga macam mana saya melalui kehidupan sebagai penyanyi. Secara luaran nampak menggembirakan dan indah, tapi di sebaliknya banyak liku-liku yang ditempuh," katanya.



Kata Nana, sebahagian kisah hidupnya yang melalui pelbagai fasa naik dan dikongsi dengan ketara menerusi drama lakonan pelakon asal Singapura, Atikah Suhaime ini.



"Dalam drama ini, penonton dapat melihat jatuh bangun saya. Tujuannya untuk memberikan inspirasi kepada penonton, terutama wanita di luar sana supaya sentiasa bangkit daripada kejatuhan," katanya.



Nana berkata, beliau juga tidak menolak elemen dramatik yang penting untuk diterjemahkan dalam sesuatu karya drama.



"Apabila kita bercakap mengenai inspirasi, ia bermaksud bukan 100 peratus daripada kisah benar yang diangkat.



"Pastinya akan ada babak yang ditambah dan digarap semula oleh pengarah untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik. Jadi, akan ada babak serta watak yang ditambah," katanya.



Selain Atikah, barisan pelakon lain seperti Fezrul Khan dan ramai lagi menambahkan keyakinannya untuk melihat hasil sambutan daripada peminat drama tanah air.



"Ketika pihak produksi menyerahkan senarai nama pelakon, saya tahu mereka adalah barisan pelakon hebat dan tak ada sebarang pertikaian.



"Kebanyakan daripada mereka sudah berada dalam industri seni lakonan untuk satu tempoh yang agak lama.



"Tugas saya adalah untuk berkongsi pendapat mengenai beberapa babak yang mungkin sesuai atau tidak sesuai direalisasikan," katanya.



Menurutnya, Atikah dan Fezrul banyak merujuk kepadanya untuk menambah 'input' dalam sesuatu babak.



Kini, drama yang ditayangkan itu mula mencuri tumpuan ramai penonton dan Nana meletakkan harapan positif untuk drama itu.



"Saya belum tonton secara keseluruhan, tetapi melihat kepada klip pendek yang dikongsikan di media sosial sosial, saya rasa Atikah sudah melakukan tugasnya dengan sangat baik.



"Dia berjaya menghidupkan watak yang dilakonkan itu," katanya.




"Kisah ini diinspirasikan daripada kisah kehidupan dan kerjaya saya. Ketika pertama kali mendapat tahu mengenai projek ini, pelbagai perasaan timbul. Saya sendiri tak pernah menyangka bahawa kisah kehidupan saya akan dijadikan inspirasi untuk drama...

Dalam drama ini, penonton dapat melihat jatuh bangun saya. Tujuannya untuk memberikan inspirasi kepada penonton, terutama wanita di luar sana supaya sentiasa bangkit daripada kejatuhan."

- Penyanyi, Siti Nordiana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >