Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jelajah isu sambil hibur pendengar, Aura Shai betah sebagai DJ

Jun 04, 2023 | 02:29 PM



LEBIH dua dekad lalu, Aura Shai Mahmood merupakan pengurus jabatan buah-buahan dan sayuran segar di pasar raya Cold Storage yang tidak banyak masa mendengar radio.

Apabila ibunya yang merupakan pendengar setia radio memaklumkan kepadanya terdapat peluang menjalani uji bakat sebagai deejay radio, Shai, kini 47 tahun, setakat mencuba nasib.

Tanpa mengharap apa-apa, beliau kemudian dipilih sebagai antara empat deejay sambilan stesen Warna sebelum diserap masuk sebagai kakitangan sepenuh masa.

Inilah ‘taman permainan’ yang banyak mendewasakan Shai, kini ibu dua anak remaja berusia 16 dan 18 tahun. Beliau banyak diasuh penyiar mapan seperti Allahyarham Nordin Kassim dan Allahyarhamha Asmah Laili.

Ikon televisyen Suhaimi Yusof juga antara pembimbingnya.

“Saya bersyukur dapat menimba ilmu daripada mereka. Mami Asmah akan memberi pengkhususan pada pembacaan berita. Kalau sentuh aspek teknikal dan gaya persembahan, kita rujuk pada Suhaimi dan Abang Nordin.

“Kita bersungguh-sungguh nak berlatih mencapai kesempurnaan sebagai seorang penyiar sampai nangis-nangis sebab tak nak buat silap. Tapi Abang Nordin pesan, ‘Biar buat silap di sesi latihan, jangan buat silap di udara...apa jua masalah yang kita hadapi, tinggalkan di luar pintu ‘conti’ stesen radio tapi jangan lupa bawa balik bila keluar’,” cerita Shai.

Apabila dikenang detik pertama bergelar deejay, Shai tergelak mengenangkan kesilapan tidak menyiarkan laungan azan Maghrib dan sebaliknya memainkan lagu Isi dan Kulit dendangan kumpulan Search pula.


“Kenangan itu memang tak dapat saya lupa sebab bos sampai hubungi saya...apa hal main lagu rok pada waktu Maghrib? Selain itu, memang saya tak boleh lupa pengalaman menyeramkan di konti pada waktu tengah malam...tahu-tahu setelah pasang fon kepala, terdengan bunyi cakera padat terjatuh! Apabila pusing, tak nampak pun apa yang jatuh,” ujarnya.

Nama Shai, ketika bertugas di stesen Ria 897 di pihak pengurusan pula memang sinonim dengan Anugerah Planet Muzik (APM) yang diterbitkannya sejak 2004 hingga 2019.

“Apa yang meninggalkan kesan buat saya adalah ketika menerbitkan APM terakhir. Saya berjaya menepati penunjuk prestasi utama (KPI) yang diberikan untuk saya iaitu untuk mendapatkan band ‘gergasi’ Indonesia, Noah dan band legenda Malaysia, Wings, berkongsi pentas.

“Kami ‘trending; serata dunia. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan amanah menyatukan mereka di pentas APM. Ia bukan tugas mudah,” jelasnya.

Sememangnya tidak mudah mengendalikan APM dek kerenah dan ragam artis serta perihal logistik dan keperluan memujuk atau berinteraksi baik dengan artis yang terbabit.

“Dalam ramai artis yang saya temui, saya rasa Kris Dayanti yang lebih tulus dan tidak palsu di depan media. Dia akan ingat siapa yang mewawancaranya. Sebab itu peminat pun sayangkannya. Orangnya rendah hati.

“Sepanjang di Ria, saya bersyukur dapat memacu semangat bakat Singapura dengan mengetengahkan mereka. Kini, dalam tugasan di Warna pula, saya lebih fokus pada isu keluarga, anak-anak, rumah tangga dan kisah inspirasi. Ada juga wawancara artis setiap Jumaat,” jelasnya.

Shai yang dicalonkan bagi kategori DJ Radio Terbaik di Pesta Perdana 2023 untuk program Warna Vista antara 10 pagi dengan 2 petang turut melahirkan visinya bagi beberapa tahun mendatang.

“Saya harap dapat terus hasilkan kandungan yang baik lagi memanfaatkan masyarakat. Tapi pihak majikan juga pastinya ada hala tuju yang mereka ingin corakkan buat saya. Cuma saya rasa tidak akan masuk semula ke pihak pengurusan kerana tugas saya sebagai penyiar belum selesai,” tambahnya.

Bagi kategori DJ Radio Terbaik, AB Shaik, Adi Rahman, Azlin Ali dan RZ turut dicalonkan. - HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >