Barisan panjang yang tular di wadah media sosial, TikTok dengan kapsyen seperti “laporan barisan Subdued Singapura” dan “barisan Subdued gila!!!” mungkin membuatkan golongan dewasa berusia 23 tahun dan ke atas keliru dan tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di kawasan Orchard Road.

Hakikatnya, kesesakan luar biasa itu merujuk kepada pembukaan cawangan pakaian terbaru di pusat beli-belah Wheelock Place.