Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jennie Garth ingat keramahan rakan ‘90210’, Luke Perry, dengan peminat

Apr 16, 2024 | 04:11 PM



Bintang drama yang dikenali pada 1990-an, Beverly Hills 90210, Jennie Garth, sudah bersedia berbicara tentang rakannya dalam drama tersebut, mendiang pelakon Luke Perry.


Ini selepas lima tahun Perry yang membawa watak, Dylan McKay, dalam drama itu meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Garth yang meraikan ulang tahunnya yang ke-52 tahun di Malibu pada 3 April lalu mengulas tentang Perry dalam episod podcast, Getting Grilled with Curtis Stone.


Garth yang memainkan watak, Kelly Taylor, dalam drama itu, mengimbas kembali dalam podcast itu tentang bagaimana Perry suka bertemu dengan semua peminat dan bagaimana rakannya itu mendorongnya mengambil pendekatan serupa untuk beramah mesra dengan peminat.

Menurutnya, peminat ikhlas menyayangi, ghairah bertemu bintang kegemaran dan memuja bintang Beverly Hills 90210.


‘Saya benar-benar ikhlas dengan apa yang diluahkan kepada peminat di media sosial. Orang pula bayar duit untuk menunggu saya dan ia sangat bermakna buat saya, maka saya cuba luangkan masa bersama semua peminat untuk mendengar kisah mereka.

“Saya suka pengalaman bertemu dengan peminat kerana ia sangat penting dan bermakna buat mereka. Saya fikir saya belajar daripada Luke betapa pentingnya memberi masa buat setiap orang yang menyokong kita,” singkap Garth.

Garth banyak belajar daripada mendiang Perry tentang cara berinteraksi dengan peminat. Beliau sering memerhatikan tindak-tanduk Perry.

“Bagaimana orang ramai memberi maklum balas kepadanya dan bagaimana Luke boleh buat anda rasa bahawa anda adalah orang paling penting di dunia merupakan antara perkara yang saya amati daripada Perry,” kata Garth yang akui sering teringatkan sahabatnya itu.

Pada usia emasnya kini, Garth masih mahu berkarya.

“Saya bergurau dan berkata, saya masih ada sembilan tahun untuk bersara,” katanya yang tampil dalam program memasak, Hell’s Kitchen pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >