Negara Jepun menjadi negara yang paling ingin dituju warga Singapura pada 2024 dengan pendorong utamanya adalah peluang berehat dan bersantai, menikmati makanan tempatan dan membeli-belah.

Mendedahkan demikian dalam Laporan Niat Perjalanan Global oleh Visa, Jepun mendahului senarai itu, diikuti Malaysia dan kemudian Australia.