Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jewel pamer koleksi musim bunga, musim panas

Mar 18, 2024 | 10:00 AM
Diilhamkan dari Singapura sebagai bandar taman, pameran berwarna-warni di Jewel itu memaparkan pelbagai corak cetak dan fabrik.
Diilhamkan dari Singapura sebagai bandar taman, pameran berwarna-warni di Jewel itu memaparkan pelbagai corak cetak dan fabrik. - Foto JEWEL LAPANGAN TERBANG CHANGI

Pusat beli-belah, Jewel, di Lapangan Terbang Changi, mengundang pembeli-belah untuk meneroka koleksi musim bunga dan musim panas 2024 terkini daripada pelbagai jenama fesyen, kecantikan dan wangian.

Bekerjasama dengan majalah fesyen mewah Tatler Asia, Jewel memaparkan 18 set busana musim bunga/panas bertemakan Medan Impian di Lapangan Terbang Changi atau Field of Dreams at Jewel Changi Airport.

Pameran busana itu akan diadakan mulai sekarang hingga 30 April dan turut memaparkan pelbagai promosi runcit.

Pameran itu menampilkan pakaian, beg, kasut, aksesori dan minyak wangi yang sedia ada dijual di Jewel.

Pameran busana musim bunga dan musim panas akan diadakan mulai sekarang hingga 30 April di Jewel dan turut memaparkan promosi runcit.
Pameran busana musim bunga dan musim panas akan diadakan mulai sekarang hingga 30 April di Jewel dan turut memaparkan promosi runcit. - Foto JEWEL LAPANGAN TERBANG CHANGI

Diilhamkan dari Singapura sebagai bandar taman, pameran berwarna-warni itu memaparkan pelbagai corak cetak dan fabrik.

Koleksi musim bunga/panas itu turut menampilkan jenama seperti Coach, Furla, Kate Spade, Massimo Dutti, Oysho, Rabeanco, Urban Revivo dan banyak lagi.

Sama ada barangan musim bunga/panas terbaru atau wangian harum, pengunjung Jewel boleh menikmati tawaran menarik dalam tempoh ini.

Dengan kerjasama UOB, pemegang kad boleh menerima baucar hadiah Jewel sebanyak $10 dengan perbelanjaan minimum $150 dalam tiga resit pada hari yang sama, atau baucar hadiah Jewel sebanyak $30 dengan perbelanjaan minimum $350 dalam tiga resit pada hari yang sama.

Untuk perbelanjaan $500 dan ke atas, pembeli boleh menebus baucar hadiah Jewel bernilai $40 dan haruman Mt Sapola Home Diffusing Flower bernilai $54.90.

   

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg