Premium
Jiwa Zul kosong setelah kehilangan ibu
Jan 3, 2018 | 5:30 AM

RASA KEHILANGAN: Zul Ariffin (kiri) tidak dapat membendung rasa pilunya kerana sumber kekuatannya dalam bidang seni iaitu ibunya, Robiah Nasir, meninggal dunia 5 Disember lalu menyusuli serangan jantung. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA -
SELEPAS kematian ibu tersayang, pelakon sasa, Zul Ariffin, akur beliau rasa kekosongan yang amat dalam kerana ibunya adalah sumber kekuatan yang memperkasa perjuangan seni beliau selama ini.
Zul memberitahu akhbar Harian Metro, sehingga hari ini, beliau masih terbayangkan wajah ibu tercinta, Robiah Nasir, 66 tahun, yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu, akibat serangan jantung.

