Joget dan bengkel Serampang 12 dalam pementasan '9 Rangkaian Tari Melayu'
Premium
Joget dan bengkel Serampang 12 dalam pementasan '9 Rangkaian Tari Melayu'
Aug 19, 2017 | 5:30 AM
POSTER PERSEMBAHAN: Inilah poster acara persembahan '9 Rangkaian Tari Melayu'. Ia akan dipersembahkan oleh Sri Warisan Som Said Ltd. - Foto SRI WARISAN SOM SAID LTD -
PRODUKSI seni tari Melayu berdasarkan langkah Serampang 12, yang berasal dari Sumatera Utara, Indonesia, akan disajikan untuk orang ramai di Esplanade pada 8 dan 9 September.
Dipersembahkan oleh Sri Warisan Som Said Ltd, pementasan yang diberi nama 9 Rangkaian Tari Melayu itu merupakan kerjasama dengan Lembaga Studi Tari Patria Medan Indonesia dan Gemilang Tari Singapura.

