Premium
Uji kemahiran dram dalam peraduan sedunia
Nov 28, 2019 | 5:30 AM
WALAUPUN perkenalan antara pemain dram The Jazz Djogets, Mohamad Rafaee Mahmood (Raf), dengan pemain genderang Muhammad Ridzuan Razali (Ridz) baru terjalin selama setahun, keserasian antara mereka memang luar biasa.
Jika tumpuan penonton dalam setiap persembahan biasanya lebih pada penyanyi, kini mata ramai turut menjurus ke arah Raf, 32 tahun yang ligat mengetuk dram dan Ridz, 25 tahun, yang khusyuk memalu konga.

