Jualan iPhone Apple di China junam 24% sedang populariti Huawei naik
Pengguna Berdaftar
Jualan iPhone Apple di China junam 24% sedang populariti Huawei naik
Mar 7, 2024 | 5:30 AM
Orang ramai melihat telefon bijak iPhone 15 Pro ketika ia dilancarkan di Shanghai, China, pada 22 September 2023. - Foto REUTERS
BEIJING: Jualan iPhone Apple di China jatuh 24 peratus dalam enam minggu pertama 2024 berbanding tempoh yang sama pada 2023, menurut firma penyelidikan Counterpoint, sedang syarikat Amerika Syarikat itu menghadapi saingan lebih sengit daripada pembuat telefon domestik seperti Huawei.
Pesaing utama gergasi teknologi Amerika di China dalam telefon bijak premium, Huawei, menyaksikan jualan telefon sedemikian meningkat 64 peratus dalam tempoh tersebut, menurut laporan itu.
Laporan berkaitan
Apple mahu batalkan projek bina kereta elektrik Feb 28, 2024 | 5:30 PM
Samsung hilang takhta pasaran telefon bijak, Apple ambil alih kedudukanJan 17, 2024 | 6:00 PM

