Premium
Juara Big Stage ingin terus belajar
Nov 8, 2019 | 5:30 AM
TENAGA BINTANG REMAJA: Sarah Suhairi menyifatkan rezeki menjuarai peraduan realiti Big Stage sebagai pembuka pintu bagi pelbagai peluang lain termasuk menjayakan acara di Singapura, Muzika Ekstravaganza. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
BINTANG kecil molek kelahiran Rawang, Selangor, Malaysia, Sarah Suhairi, akur kemenangannya di pentas peraduan realiti Astro, Big Stage, tahun lalu, ibarat satu mimpi manis.
Walaupun masa sudah pantas berlalu, ia ibarat satu wadah yang membuka pintu rezeki lebih luas buatnya.

