Topik diikuti
Pergi ke BHku'Juara - Dikir Pella' paduan suara tujuh jejaka
Premium
'Juara - Dikir Pella' paduan suara tujuh jejaka
Pendekatan kreatif disertai pengalaman sehingga 20 tahun cetus evolusi dalam seni dikir barat tempatan
'Juara - Dikir Pella' paduan suara tujuh jejaka
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 9, 2018 | 5:30 AM
SETIAP aspek seni tradisional boleh dan wajar dicabangkan dalam pelbagai bentuk dan adunan agar seni itu sentiasa berkembang dan tidak statik.
Kalau tarian Melayu sering dikembangkan kepada gerak kontemporari, kompang dan rebana kini dipadukan dengan pelbagai bunyian alat genderang, ghazal dan irama asli pula pernah diadunkan dengan irama pop dan rok oleh seniman-seniman popular rantau ini.
