Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RAMALAN PERINGKAT AKHIR GEGAR VAGANZA 9

Juara tetap kerja keras demi rezeki mencurah

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



TIDAK semua kejayaan dalam peraduan realiti seperti Gegar Vaganza (GV) akan membangkitkan pada skala besar dan menjana rezeki melimpah-ruah buat si juara.



Ada seperti juara GV2, Siti Nordiana (Nana), dan juara GV8, Aliff Aziz, yang beruntung kerana diberi peluang merakam lagu baru, berlakon drama dan mengacara selepas 'meletup' nama mereka dalam peraduan realiti ini.



Aliff, 31 tahun, yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi telah membina hidup baru, menjurus ke arah agama dengan rezekinya bertali arus dalam projek lakonan seperti Jodohku Babysitter dan drama komedi Cina Buta.



Nana, 38 tahun, pula merakam beberapa lagu termasuk Menyantun Kasih ciptaan Datuk M. Nasir dan sudah ditonton lebih 353,000 kali di YouTube sejak dimuat naik sebulan yang lalu.



Walaupun tidak dapat mencapai kepopularan memuncak seperti zaman gemilang mereka tatkala muda dahulu, juara GV3, Azharina Azhar, juara GV4, Datuk Aishah, ataupun juara GV5, Noryn Aziz, mempunyai semangat juang yang kuat.



Mereka telah menghasilkan lagu baru atau dalam perancangan bikin lagu baru setelah mendapat semangat segar sejurus diserahkan dengan bermacam-macam tugasan menyanyi lagu pelbagai genre di pentas GV.



Azharina, 37 tahun, merakam lagu Sekian Terima Kasih dan Lakar Janji.



Aishah, 57 tahun, yang suatu ketika dahulu pernah diiringi band New Zealand, The Fan Club, pula bersemangat merakam Ketentuan Takdir yang mempunyai 'trademark' lagu baladanya dahulu.



Noryn, 45 tahun, memberitahu Berita Minggu dalam satu wawancara awal bahawa beliau menantikan peluang keemasan mengeluarkan lagu yang membawanya keluar daripada zon selesa.



"GV mengajar saya agar tidak takut dan buat sahaja lagu yang ingin saya sajikan kepada peminat. Tidak lagi tertakluk pada genre keselesaan saya seperti jaz atau R&B," katanya.



Bagaimanapun, kehidupan sebagai juara tidak seindah yang dijangka.



Juara GV6, Naqiu, 36 tahun, dalam wawancara Kosmo! Online berkata selepas menjuarai peraduan itu, beliau masih terumbang-ambing dalam seni muzik berikutan beberapa karyanya tidak mendapat sambutan daripada peminat.



"Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan lagu baru yang dikeluarkan yang saya hasilkan bermula dari selepas GV6. Bukan sebab lagu yang membuatkan saya tidak suka cuma hasil selepas keluar.



"Tidak tahu mana salahnya. Adakah konsep nyanyian atau cara untuk promosikan diri?" jelasnya.



Beliau masih mengkaji bagaimana menghasilkan karya terbaik untuk muncul semula dalam industri muzik. Ada dua atau tiga pembaharuan yang akan dilakukan tahun depan meskipun ia masih dirahsiakan.



Bagi juara GV7, Cliff Umar, 39 tahun, yang jemu dilabel sebagai juara 'sendu' oleh sesetengah pihak, beliau tidak mengejar kepopularan.



"Muzik ada dalam jiwa saya. Pendapatan saya 100 peratus saya dapat menerusi pembabitan dalam muzik.



"Saya masih aktif menghasilkan lagu-lagu baru untuk penyanyi seperti Akim dan Ella. Saya bukanlah seorang penerbit yang baik dalam menghasilkan lagu, tetapi pada saat ini, saya lebih banyak menghabiskan masa di studio.



"Saya mahu mempelajari lebih banyak perkara mengenai cara penghasilan sesebuah lagu untuk menjadikan diri saya sebagai seorang penerbit yang lebih bermutu," katanya kepada laman XTRA.



Beliau juga dilihat mula menapak membina nama di negara jiran, Indonesia, dan memberitahu kepada media yang dirinya diterima baik di sana.



Apa khabar juara GV musim pertama, Ayai Ilusi? Ayai, 60 tahun, diundang sebagai juri tamu dalam program Getaran Jiwa tetapi bertarung dengan masalah komplikasi usus dan ginjal sewaktu pandemik. Moga Allah mudahkan urusannya.



Juara GV6 yang menjadi kebanggaan Singapura, Hady Mirza, 42 tahun, pula nampaknya tenang meniaga, sempat merakam lagu Cinta Sampai Di Sini yang sudah distrim lebih 235,000 kali di Spotify serta mendampingi jemaah umrah ke Tanah Suci.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >