Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Judika kembali beraksi dengan suara emas dalam konsert 8 Jun

Mar 30, 2024 | 5:30 AM
Judika kembali menghiburkan pencinta seni yang menggemari suara emasnya pada 8 Jun 2024 di Teater The Star.
Judika kembali menghiburkan pencinta seni yang menggemari suara emasnya pada 8 Jun 2024 di Teater The Star. - Foto INSTAGRAM JUDIKA

Selepas penantian sedekad untuk mendengar lontaran suara emas bintang Indonesia, Judika, ramai yang pasti gembira dengan pengumuman penganjur konsert, SAH Entertainment.

Judika Nalom Abadi Sihotang, 45 tahun, yang terkenal dengan lagu seperti, Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja, Tak Mungkin Bersama, Aku Yang Tersakiti dan Putus Atau Terus akan menggegarkan Teater The Star mulai 8 malam pada 8 Jun dalam konsertnya.

Karisma bapa dua anak itu dalam menyanyikan lagu balada cinta memang tidak dapat disangkal lagi.

Beliau serba boleh dan mampu menyentuh jiwa sesiapa sahaja dengan penghayatan mendalam pada lagu penuh emosinya.

Jualan tiket eksklusif untuk anggota SAH yang diberi keutamaan dibuka antara 10 pagi dengan 2 petang di laman web Sistic pada 29 Mac manakala jualan umum dibuka mulai 2 petang hari yang sama.

Ramai yang menanti-nantikan persembahan Judika yang kali terakhir membuat persembahan konsert solonya pada 2014.

Beliau bagaimanapun adalah antara barisan artis Konsert Galau, juga anjuran SAH Entertainment, pada 16 Disember 2023.

“Saya mahu ketemu dengan Judika sebab beliau idola saya.

“Saya sudah mula mendengar lagu-lagunya sejak usia saya tujuh tahun.

“Saya tidak kisah jika perlu mendengar suara merdunya selama berjam-jam lamanya,” kata warganet yang dikenali sebagai Mishall di Instagram SAH Entertainment.

Tiket berharga $78 (Gangsa); $88 (Perak); $138 (Emas); $178 (Platinum); $198 (Berlian) serta $258 (VIP/Sesi temu mesra) boleh diperolehi di laman web Sistic.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg