Junjung jasa legenda filem, muzik Melayu klasik selagi hayat masih ada
Premium
Junjung jasa legenda filem, muzik Melayu klasik selagi hayat masih ada
Mar 22, 2020 | 5:30 AM
BUDI VETERAN TIDAK DILUPAKAN: Cik Siti Aminah Ismail (barisan depan, dua dari kanan) fokus pada usaha mengembalikan nostalgia di samping menjunjung jasa legenda filem dan muzik klasik kerana ingin melihat mereka juga mampu mencari rezeki pada usia senja. Antara yang hadir dalam Konsert Sukma Irama adalah seniman Wahid Satay (barisan belakang, dua dari kanan) dan biduan R. Ismail (barisan belakang, paling kanan) serta seniwati Zaiton Abdullah (barisan depan, dua dari kiri) seniwati K. Fatimah (barisan depan, tiga dari kiri) serta Sri Rahayu Sudarmaji (Ayu 20 Sen) (tiga dari kanan). - Foto ihsan SIX5 PRODUCTIONS -
MASIH terpahat dalam ingatan Cik Siti Aminah Ismail pesanan mentornya dalam bidang penulisan, Allahyarham Kamali Hudi, tentang kepentingan mengangkat jasa artis veteran.
Encik Kamali, penulis lirik yang antara lain mengilhamkan seni kata lagu Sarena Hashim, Kalau Hati Sudah Sayang, mengingatkannya agar mengusahakan kegiatan atau mengabadikan kisah legenda filem Melayu klasik atau seni suara dalam blog atau vlog agar mereka terus dikenang selagi hayat masih ada.

