Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Justin Bieber utamakan kesihatan, tangguh siri konsert jelajah dunia

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



PENYANYI Justin Bieber, 28 tahun, berkata beliau perlu lebih banyak masa untuk berehat selepas diserang strok ringan yang menjejas wajahnya, justeru akan menangguhkan siri konsert jelajah dunia yang telah dirancang lebih awal.



Pada Jun lalu, penyanyi itu enggan melakukan perjalanan jauh ke Amerika Utara yang termasuk dalam siri konsert "Justice World Tour" kerana sindrom Ramsay Hunt.



Namun beliau telah menyambung siri jelajah itu di Eropah beberapa minggu lalu dan menyertai festival 'Rock in Rio' di Brazil hujung minggu lalu.



Namun pada Selasa lalu, beliau memberitahu media bahawa adalah terlalu awal untuk beliau kembali berkonsert.



"Hujung minggu lalu saya membuat persembahan di 'Rock di Rio' dan saya memberikan segala yang saya ada kepada penduduk Brazil. Selepas turun dari pentas, keletihan menyelubungi saya dan saya sedar bahawa saya perlu mengutamakan kesihatan saya sekarang," kata Bieber.



"Jadi, saya akan berehat dari jelajah konsert buat masa ini," kata penyanyi yang popular dengan lagu Peaches itu.



"Saya baik-baik saja, tetapi saya perlukan masa untuk berehat dan menjadi lebih baik. Saya berbangga dengan persembahan ini dan menyampaikan mesej keadilan kepada dunia."



Jadual siri jelajahnya mencapai puluhan destinasi yang dijadualkan berlangsung sehingga Mac 2023.



Promoter konsert Bierber di Singapura, AEG dan Unusual, berkata dalam satu kenyataan bahawa konsert di sini yang dijadualkan pada 25 Oktober di Stadium Negara masih kekal seperti yang dijadualkan.



"Kami sedar bahawa Justin Bieber telah memutuskan untuk berehat daripada jelajah dan berharap Justin cepat sembuh. Kami kagum atas keputusannya untuk mengutamakan kesihatannya. Kami tidak sabar untuk melihatnya kembali beraksi.



"Apa yang kami difahamkan ialah pusingan konsert di Asia akan diteruskan seperti yang dijadualkan. Nantikan maklumat lebih lanjut," kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >