Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

K-DRAMA

Reaksi campur baur pengumuman 'Squid Game' musim 2

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



DRAMA Netflix pencetus fenomena Squid Game merupakan siri drama pertama yang berjaya meraih tontonan 1.65 bilion penonton merata dunia dalam tempoh tayangan selama empat minggu.



Ini pastinya memberikan kekuatan dan semangat bagi penerbit eksekutif, pengarah dan penulis naskhah drama tersebut, Hwang Dong-hyuk, untuk membuat pengumuman bahawa Squid Game akan kembali bagi musim kedua.



Sebagaimana jelasnya dalam sepucuk surat yang ditulis serentak dengan acara peringkat akhir penyampaian Anugerah Netflix FYSEE yang berlangsung di Los Angeles pada 12 Jun lalu:



"Ia mengambil masa 12 tahun untuk membawa dan menghidupkan musim pertama Squid Game tahun lalu.



"Namun, ia mengambil masa 12 hari untuk Squid Game menjadi siri Netflix paling terkenal sejauh ini."



Drama fenomena tentang penakatan manusia itu telah memenangi 29 anugerah dan 42 pencalonan anugerah dalam pelbagai acara.



Ramai yang tertarik dengan jalan cerita Squid Game yang berlegar di sekitar pertarungan 456 individu yang menanggung bebanan hutang lantas mengambil risiko bersaing dalam peraduan permainan kanak-kanak yang boleh mengorbankan nyawa.



Individu itu berebut untuk meraih ganjaran kemenangan berupa 45.6 billion won ($52 juta).



Dengan pengumuman bahawa musim kedua Squid Game akan disiarkan kelak, beberapa peminat memberikan respons yang bercampur baur.



Ada yang tidak sabar menanti lanjutan pada drama 'berhantu' itu. Tidak kurang pula yang berasakan drama itu tidak perlu diperpanjangkan dan cukup setakat dihentikan pada kemuncak satu musim sahaja.



"Pengakhiran siri pertama drama Squid Game itu tergantung. Tentu sekali kami ternanti-nantikan apa akan terjadi dalam siri kedua kelak," ujar peminat drama itu, Encik Muhammad Nurman Selamat, 28 tahun.



Pelukis yang begitu meminati siri tersebut sehingga meraih inspirasi menghasilkan lukisan potret watak-watak Squid Game itu menambah:



"Saya rasa persaingan bagi musim kedua ini lebih sengit dengan permainan kali ini akan lebih mencabar tetapi ia lebih berlegar di sekitar bagaimana si pemenang akan cuba menghentikan permainan itu daripada berlarutan sehingga jadi seperti sesuatu yang 'menggila' dan membahayakan nyawa.



"Pastinya ada peserta baru atau permainan baru atau juara peraduan akan bersaing dengan juara lain. Saya yakin pemenang musim lalu akan masuk bertanding lagi dalam musim kedua."



Menurut Encik Muhammad Nurman lagi, drama ini menyentuh tentang proses mencari keadilan.



"Saya berasakan Squid Game hanya akan bertahan sehingga musim kedua sahaja. Saya tidak fikir akan ada musim ketiga atau keempat sebab kebiasaannya drama Korea tidak akan dilanjutkan lebih daripada semusim atau dua musim macam mana disukai pun," katanya.



Beliau juga berharap musim kedua akan mengimbas semula masa silam watak dalam drama ini dan bagaimana mereka dipilih untuk permainan tersebut.



"Saya nak tahu sejauh mana mereka ni hidup melarat kerana tiada wang? Misalnya, watak Cho Sang Woo, lelaki paling bijak dalam gelanggang pertandingan yang akhirnya mati dan dikhianati.



"Sebelum ini kita tak tahu kisah latar belakangnya dan bagaimana dan mengapa dia berada dalam pertandingan ini," jelas beliau lagi.



Seorang lagi peminat Squid Game yang hanya ingin dikenali sebagai Dea, 22 tahun, pula awalnya tidak begitu teruja drama ini dilanjutkan ke musim kedua.



Sungguhpun begitu, beliau berharap watak yang sudah mati dapat dikembalikan jika drama ini ingin terus menarik perhatian ramai.



"Jarang sekali drama Korea akan dilanjutkan kepada lebih daripada satu musim. Beberapa watak dalam musim pertama sudah mati akibat tuntutan peraduan itu.



"Saya berharap pengarah dan penulis naskhah Squid Game akan kembalikan watak yang tiada ini dalam siri terbaru itu," katanya.



Seorang lagi peminat yang ingin dikenali sebagai Alia, 39 tahun, pula berkata beliau tidak begitu yakin musim kedua boleh mengatasi mutu musim pertama Squid Game.



"Saya seperti ramai yang mempunyai jangkaan lebih tinggi. Tetapi, apabila difikirkan semula, saya tetap akan sokong musim kedua Squid Game apabila ia disiarkan.



"Saya harap penulis drama ini akan lebih kreatif dengan jalan ceritanya," kata Alia.



Dalam surat pengumumannya, Hwang memberikan gambaran watak Gi-hun, The Front Man dan The Man In Suit With Ddakji akan dikembalikan pada musim kedua.



"Saya rasa Hwang menghadapi kesulitan menulis skrip," kongsi Lee Jung-jae, yang membawa watak utama, Seong Gi-hun dalam Squid Game, kepada laman People.



Kata-katanya dikatakan boleh mempengaruhi jangkaan penonton bagi musim kedua drama ini.



Pengumuman mengenai Squid Game kali pertama dibuat pada 2018 dan drama ini mengambil masa dua tahun untuk 'meletup' sebagai satu fenomena.



Walau bagaimanapun, sejauh ini tiada tarikh rasmi ditetapkan bagi musim kedua ini.



Hwang pula memberi gambaran ia akan disiarkan di Netflix pada penghujung tahun depan atau awal 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >