Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kajian: Kitaran haid tak teratur boleh bahayakan jantung

Temui doktor untuk bincang berhubung masalah datang bulan tidak menentu
Sep 11, 2024 | 5:30 AM
Periksa kitaran haid dengan catatan yang jelas di kalendar.
Periksa kitaran haid dengan catatan yang jelas di kalendar. - Foto ISTOCKPHOTO

Wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur – lebih panjang atau lebih pendek daripada purata – mungkin menghadapi risiko lebih tinggi menghadapi masalah jantung.

Demikian menurut satu kajian terkini.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Jantung Amerika, mendapati bahawa wanita dengan kitaran haid di luar julat normal 22 hingga 34 hari, berdepan risiko kumulatif lebih tinggi menghidap penyakit jantung dan serangan jantung, berbanding rakan sebaya mereka yang haidnya teratur.

Masalah itu bukan sahaja terhad kepada haid tidak teratur.

Ramai wanita turut menghidapi Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), yang meningkatkan lagi risiko masalah jantung.

Kajian melibatkan 60,789 peserta daripada Kajian Kesihatan Wanita Apple menunjukkan bahawa mereka yang menghidap PCOS mempunyai prevalens lebih tinggi menghidapi penyakit cardiometabolic.

Ia termasuk obesiti, prakencing manis, kencing manis Jenis 1 dan 2, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung, penyakit arteri koronari, serangan jantung, dan trombosis vena dalam.

Di Singapura, dianggarkan 10 peratus wanita dalam usia reproduktif menghidap PCOS, satu angka yang membimbangkan.

Salah seorang penyelidik utama kajian tersebut, Dr Shruthi Mahalingaiah, menambah bahawa individu yang didiagnosis dengan PCOS, atau memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai kitaran haid yang teratur, lebih kerap didiagnosis dengan masalah cardiometabolic beberapa tahun lebih awal berbanding rakan sebaya mereka.

Jika kitaran haid tidak menentu atau seseorang itu mengalami PCOS, sudah tiba masanya mereka berbincang dengan doktor.

Pengesanan dan campur tangan awal kesihatan adalah kunci untuk mengelakkan masalah lebih serius di kemudian hari.

Bagaimanapun, penyelidikan turut menunjukkan bahawa gaya hidup sihat boleh membantu mengurangkan risiko.

Menjaga berat badan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal mencukupi adalah antara langkah paling berkesan untuk melindungi diri daripada masalah jantung dan metabolik, lapor majalah, Singapore Weekly.

Berikut antara usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kesihatan jantung.

Diet Seimbang: Pengambilan makanan kaya serat, vitamin, dan mineral dapat membantu menjaga kesihatan jantung. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makanan bergula.

Lakukan Senaman: Kegiatan fizikal seperti berjalan kaki, berlari, atau berenang selama 30 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pantau Kesihatan: Jangan abaikan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan awal sebarang masalah cardiometabolic.

Kawal Tekanan: Stres yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk masalah jantung. Amalkan teknik menenangkan diri seperti yoga.

Langkah tersebut boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan meningkatkan mutu hidup walaupun seseorang itu menghadapi cabaran seperti haid tidak teratur atau PCOS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg