‘Kak Melah’ pancar hati bercahaya, diiringi lagu malar segar
Pengguna Berdaftar
‘Kak Melah’ pancar hati bercahaya, diiringi lagu malar segar
Konsert ‘S.A.Y.A.N.G Ramlah Ram – Evolusi Muzik’ buka tirai acara hiburan 2024 dengan gah
Jan 3, 2024 | 5:30 AM
Usia hanya angka semata-mata dan bukan ukuran seorang penyanyi itu sudah tamat zaman kegemilangannya jika umur sudah melepasi umur 55 tahun.
Melihat pada persembahan bintang veteran Ramlah Ram pada konsert Tahun Baru Esplanade, S.A.Y.A.N.G Ramlah Ram – Evolusi Muzik, pada 1 Januari, cukup untuk saya katakan, tidak terkesan langsung usianya yang sudah mencecah 58 tahun kini.
Laporan berkaitan
Kerana ‘S.A.Y.A.N.G.’, Ramlah Ram ajak peminat bernostalgiaDec 6, 2023 | 7:26 PM
Dari kerusi meja kosong sebagai penonton, Aina Abdul pukau 9,000 peminatDec 22, 2023 | 7:16 PM

