Kalung hiasan beg tonjol gaya peribadi; terus popular sebagai aksesori

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kalung hiasan beg tonjol gaya peribadi; terus popular sebagai aksesori

Jan 19, 2026 | 11:03 AM

Kalung hiasan beg tonjol gaya peribadi; terus popular sebagai aksesori

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bag charm
Menambah aksesori pada beg tangan dengan hiasan kalung beg atau ‘bag charm’ telah menjadi cara utama untuk menunjukkan identiti dan gaya peribadi. - Foto ST

Trend kalung hiasan beg atau ‘bag charm’ mungkin bermula dengan Labubu, namun hiasan tersebut meletup menjadi kategori produk tersendiri pada 2025.

Daripada patung berbulu, rantai berinspirasi barang kemas, rantai kunci bermanik, hingga produk kecantikan yang boleh digantung, sukar untuk menemui beg tangan yang tidak dihiasi aksesori dan hiasan.

Menambah aksesori pada beg kini menjadi cara utama untuk menonjolkan gaya peribadi.

Membawa beg yang sama ke acara tertentu tidak lagi dianggap kesalahan fesyen apabila anda “menjadikannya milik anda sendiri”.

Jenama mewah global juga menyokong sepenuhnya trend itu.

Daripada Louis Vuitton dan Miu Miu hingga Balenciaga dan Kate Spade, semuanya memperkenalkan beg dengan hiasan berantai dan aksesori di pentas peragaan yang akhirnya dijual di kedai.

Hiasan kalung beg motif rantai Coach New York berharga $295 (kiri) dan aksesori beg Valentino Garavani Le Chat De La Maison Nylon dengan gantungan kunci ($1,000).
Hiasan kalung beg motif rantai Coach New York berharga $295 (kiri) dan aksesori beg Valentino Garavani Le Chat De La Maison Nylon dengan gantungan kunci ($1,000). - Foto COACH, VALENTINO

Jenama fesyen cepat juga turut mengikut trend tersebut, dengan beberapa reka bentuk di mana aksesori beg menjadi elemen utama dalam penjualan beg tersebut.

Di Singapura, perniagaan kraftangan yang menawarkan aksesori beg buatan sendiri semakin berkembang.

Sudah tentu, trend tersebut telah mengalami perubahannya sendiri.

Pada awal 2025, ia digelar “Jane Birkin-ifying” beg anda – sebagai penghormatan kepada pelakon Britain dan ikon fesyen 1980-an yang terkenal dengan kecintaannya terhadap aksesori berlebihan pada beg tangannya.

Pakar menjelaskan kebangkitan aksesori itu adalah disebabkan oleh beberapa faktor: keinginan pascapandemik untuk estetika nostalgia, keperluan keselesaan, dan fenomena “kidult” yang semakin popular – di mana golongan dewasa mula menerima mainan dan koleksi sebagai sumber kebahagiaan.

Secara global, syarikat mainan melaporkan bahawa golongan dewasa kini menyumbang sebahagian besar daripada jualan mainan, dengan pasaran itu berkembang pada kadar sekitar 10 peratus setiap tahun.

Beg, termasuk beg galas, yang dipenuhi dengan patung kecil, mainan ‘plush’, rantai kunci, dan perhiasan yang mencerminkan gaya peribadi telah menjadi sangat popular.
Beg, termasuk beg galas, yang dipenuhi dengan patung kecil, mainan ‘plush’, rantai kunci, dan perhiasan yang mencerminkan gaya peribadi telah menjadi sangat popular. - Foto ST

Dalam temu bual dengan Forbes, pakar perhubungan awam dan pengarang Amerika, Cik Emily Austen, beliau menganggap aksesori beg sebagai koleksi yang lebih daripada sekadar hiasan, ia memperkukuh identiti pemakainya.

“Aksesori beg berada di antara fesyen dan ‘fandom’ (masyarakat peminat). Ia mempunyai watak tersendiri, mampu milik (lebih kurang), dan mudah dibawa.”

Aksesori beg turut menjadi sebahagian daripada identiti seseorang.

“Ia cara mudah bagi jenama untuk mencipta produk yang memberi emosi dan untuk orang ramai mengekspresikan diri. Pada asasnya, hiasan kalung beg mencerminkan personaliti pemakainya.

Sekali pandang pada koleksi hiasan kalung beg seseorang, anda dapat tahu sama ada beliau seorang peminat K-pop, pengumpul Pop Mart, atau penggemar kecantikan.

Mempamerkan personaliti anda kini menjadi lebih comel.

Sebuah beg dengan hiasan kalung yang disusun oleh pencipta aksesori beg tempatan.
Sebuah beg dengan hiasan kalung yang disusun oleh pencipta aksesori beg tempatan. - Foto ST

Namun, apakah sebab utama mengapa aksesori beg begitu popular?

Ia (kebanyakannya bersaiz poket) jauh lebih murah berbanding barang mewah yang lebih besar, terutamanya apabila seseorang tidak mampu berbelanja besar dalam ekonomi semasa.

Langkah membeli beg tangan baru dalam suasana ekonomi itu mungkin tidak bijak, tapi bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk satu atau dua patung plush Pop Mart bernilai $25?

Mentaliti ini benar merentas pelbagai kuasa membeli.

Dalam dunia fesyen mewah, mungkin lebih diterima untuk menghabiskan $1,000 untuk aksesori beg Valentino daripada $5,000 untuk beg tangan.

Hiasan kalung beg sangat sesuai dengan budaya “kenikmatan kecil” generasi ini yang suka menikmati kemewahan kecil dalam kehidupan seharian.

Sejak 2024, fenomena yang memberi fokus kepada Gen Z dan milenial ini memberi penghargaan kepada mencari kegembiraan dan motivasi melalui kenikmatan yang mampu milik – seperti ‘matcha’, kotak misteri, botol air berjenama atau lip gloss – sebagai mekanisme mengatasi tekanan ekonomi.

Anda boleh menganggap fenomena ini sebagai versi moden Teori Lipstik, yang mengandaikan bahawa dalam kemelesetan ekonomi, pengguna akan terus berbelanja pada kemewahan kecil seperti gincu, menggantikan pembelian yang lebih besar.

Peruncit sudah mula melihat peluang itu.

Bahkan jenama yang tidak terlibat dalam jualan beg tangan turut menawarkan koleksi hiasan kalung mereka sendiri untuk menarik pelanggan.

Jika anda tidak mampu membeli permata mereka, syarikat kristal Austria, Swarovski, kini menghasilkan aksesori beg yang dihiasi kristal.

Jenama suplemen tempatan, Moom sedang menarik pelanggan dengan hiasan kalung beg berbentuk bekas pil sebagai hadiah dengan pembelian di kedai ‘pop-up’ baru mereka di Great World City.

Dengan pengurangan perbelanjaan akibat kemelesetan ekonomi, satu perkara yang pasti – sekurang-kurangnya beg mereka akan dilengkapi aksesori bergaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg