Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kanak-kanak berkeperluan khas tunjuk kebolehan dalam persembahan muzik

Konsert The Radiant Spectrum bertujuan rai pencapaian golongan ini dari sudut berbeza
Dec 08, 2022 | 05:30 AM



SETIAP kali Naseer Gampang Puruhita, lima tahun, berjaya memainkan nota muzik yang tepat di piano, dia akan menggoyangkan tubuhnya dengan gembira kerana rasa teruja dengan pencapaiannya.



Naseer, yang mempunyai autisme, mengikuti kelas piano di pusat pendidikan muzik pertama bagi kanak-kanak berkeperluan khas, The Radiant Spectrum, sejak sekolah itu dibuka pada April tahun lalu.



Lantas, dia ghairah untuk menyampaikan sebuah persembahan di konsert akhir tahun sekolah muzik itu di The Enabling Village esok.



The Radiant Spectrum mengambil pelajar yang berkeperluan khas seperti mereka yang mempunyai autisme, Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), ketidakupayaan intelek dan sebagainya.



Menurut pengasas dan pengetua The Radiant Spectrum, Cik Samantha Soh, pusat pendidikan muzik itu bertujuan menyediakan kurikulum muzik bermutu tinggi yang disesuaikan khusus buat kanak-kanak berkeperluan khas.



Tambahnya, beliau terdorong membuka sekolah muzik itu kerana pusat pendidikan muzik sedemikian yang khusus buat kanak-kanak berkeperluan khas tidak wujud di Singapura ketika itu.



"Ramai pelajar kami sebelum ini tidak berpeluang membuat persembahan di sekolah disebabkan keadaan mereka.



"Justeru, konsert ini bertujuan meraikan pencapaian mereka dari sudut yang berbeza," ujar Cik Soh.



Sebelum mendaftarkan anak sulung mereka mengikuti kelas piano di The Radiant Spectrum, ibu bapa Naseer bimbang sama ada dia mampu memberi tumpuan dalam kelas atau kalau dia akan berasa seronok mempelajari sesuatu yang baru.



Ini lebih-lebih lagi kerana mereka yang mempunyai autisme mendapatinya sukar untuk menghafal nota muzik serta mengkoordinasi gerak-geri mata dan jari.



"Pada mulanya, Naseer tidak dapat memberi tumpuan dalam kelas dan terdapat beberapa kejadian 'meltdown' (keadaan seseorang hilang kawalan ke atas kelakuannya dan mengamuk).



"Tapi apabila dia dapat menggunakan satu jari untuk memainkan nota muzik di piano, itu satu kejayaan yang besar buat kami," ujar ibunya, Cik Ayu Suparman, 34 tahun.



Kini, Naseer sudah boleh bermain piano dengan kedua-dua tangannya dan sedang belajar mempertingkat kemahirannya.



Pada persembahan di konsert The Radiant Spectrum esok, setiap kanak-kanak berpeluang menyampaikan hingga dua lagu, sama ada dengan loceng tangan atau dengan piano.



Cik Ayu menambah bahawa beliau ingin membantu dan menyokong perkembangan anaknya serta memupuk minatnya dan memberi lebih banyak peluang kepada Naseer.



Baginya, setiap pencapaian kecil yang diraih anaknya itu cukup bermakna dan penting berbanding apa yang biasanya dianggap norma dalam masyarakat.



Menurut Cik Soh, muzik merupakan kaedah istimewa yang digunakan pelajar The Radiant Spectrum untuk berkomunikasi dan meluahkan perasaan mereka.



"Kami mempunyai ramai pelajar yang menghadapi cabaran untuk berkomunikasi tetapi mereka berjaya mengalihkan perhatian mereka kepada muzik untuk melahirkan perasaan mereka, termasuk rasa teruja," kata Cik Soh.



Apabila ibu bapa melihat anak mereka di atas pentas, beliau berkata perasaan mereka itu sukar digambarkan.



"Ini sesuatu yang mereka tidak pernah impikan sebelum ini dan melihat anak-anak mereka di atas pentas memberi harapan bahawa masa depan mereka cerah," tambahnya.



Dengan lebih banyak ruang pembelajaran inklusif bagi pelajar berkeperluan khas, mereka berharap masyarakat akan bersifat lebih inklusif dan memahami keadaan yang dialami golongan istimewa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >