Premium
Karya seni rapatkan jurang komunikasi dengan abang
Sep 12, 2017 | 5:30 AM

MENCURAH RASA DALAM KARYA: Cik Amierah Hazimah Azman menggunakan kerja seni berupa cetakan pengalaman peribadinya sebagai wadah berbincang dengan abangnya yang mengalami autisme lantas merapatkan jurang komunikasi antara mereka. - Foto JOHARI RAHMAT -
KERJA seni bagi Cik Amierah Hazimah Azman bukan sahaja indah dipandang mata dan menenangkan.
Lebih daripada itu, ia boleh menjadi wadah meluahkan perasaan yang terpendam terhadap sesuatu isu yang sulit dibincangkan secara terbuka.

