SUNGGUHPUN Encik Yafiq Yusman memiliki Diploma Seni Bina daripada Politeknik Singapura, impiannya ketika masih muda belia kini ialah meneroka dunia pemasaran digital menerusi wadah Instagram.

Beliau akur dengan kuasa luar biasa wadah media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter yang banyak mengubah hidup individu sepertinya.