Selepas mara ke pusingan akhir peraduan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8) pada 2021, semangat untuk terus menyanyi dan menjana karya seni membara dalam diri vokalis kumpulan Scan, Azan atau nama sebenarnya, Noorhazan Rashid.

Kebetulan, Azan, 51 tahun, bertemu dengan tiga pemuzik Singapura yang beliau sifatkan sebagai ‘alien’ (makhluk asing) kerana mampu siapkan irama lagu dan mengubah suainya menjadi lebih menarik sekelip mata.