Topic followed successfully
Go to BHkuKasut mewah 'Mashizan' disarung selebriti, ikon fesyen Barat
Premium
Kasut mewah 'Mashizan' disarung selebriti, ikon fesyen Barat
Jerih payah si tukang kasut yang membaiki kasut yang rosak terakam dalam filem dan juga lagu popular Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sabarudin Tukang Kasut. Berdekad lamanya selepas filem itu dihasilkan, kita kian melihat kecenderungan menakjubkan dan bakat membanggakan anak Melayu khususnya kaum Adam dalam bidang rekaan kasut. Ada juga yang mengumpul serta menjual beli kasut sniker edisi khas sehingga ia menjana minat bagi mengembangkan perniagaan tersebut kepada produk pakaian siar (streetwear). Siapakah mereka? HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
Nov 13, 2016 | 5:30 AM
Kasut mewah 'Mashizan' disarung selebriti, ikon fesyen Barat
BERSANDARKAN PENGALAMAN TERBITKAN DOKUMENTARI: Encik Mashizan Masjum meraih ilham mereka kasut wanita daripada pengalaman peribadi termasuk tatkala melihat lahar gunung berapi yang berkerak dan menakutkan di Hawaii. - Foto ZAINAL YAHYA -
KASUT tumit elegan yang dipanggil La Sarima diilhamkan pereka kasut Melayu, Encik Mashizan Masjum, mengenang arwah kakaknya yang cantik, berhemah lagi berbudi bahasa.
Allahyarhamha Massarimah Masjum meninggal dunia tiga tahun lalu apabila basikal bermotor yang diboncengnya berlanggar dengan trak simen dalam satu tragedi di Lornie Road.

