Kasut ‘sneaker’ putih telah lama menjadi sesuatu yang wajib dalam dunia fesyen, melewati trend dan musim dengan daya tarikan abadi.
Dari pentas peragaan hingga ke jalanan, kasut ‘sneaker’ putih terus menonjol sebagai pilihan utama bagi penampilan gaya kasual atau formal.
Sama ada anda meminati rekaan klasik yang ikonik atau ingin menambah koleksi dengan sentuhan moden, terdapat pelbagai pilihan untuk memenuhi setiap cita rasa.
Majalah, Her World Singapore telah menyenarai kasut ‘sneaker’ putih terbaik bagi 2024. Ia pasti akan membuat anda kelihatan lebih bergaya.
1. Samba OG Shoes
daripada Adidas ($179)
Kasut ‘sneaker’ klasik ikonik, Samba OG, kekal sebagai pilihan utama dalam dunia fesyen sejak ia diperkenalkan.
Pada 2023 dan 2024, kasut ini kembali mencuri tumpuan dengan popularitinya yang tidak pernah merosot.
Dengan reka bentuk yang serba boleh, ia boleh digayakan untuk acara kasual atau separuh formal.
Bagi mereka yang mahukan sesuatu yang sedikit berbeza, Adidas menawarkan variasi warna yang menarik serta kerjasama eksklusif seperti bersama pereka fesyen terkenal, Wales Bonner, menjadikan setiap pasang unik dan eksklusif.
2. Palermo Moda Surreal Contour
Sneakers daripada Puma ($159)
Walaupun tidak sepenuhnya putih, Palermo ini menawarkan warna kasut berwarna krim lembut yang memberikan sentuhan feminin dan moden.
Jahitan bergelombang serta penggunaan bahan campuran seperti kulit dan suede memberikan kasut ini keunikan tersendiri.
Rekaan yang berlapis ini sesuai untuk mereka yang ingin tampil berani dan bergaya, sambil mengekalkan keselesaan dan daya tahan.
Pastinya, ia akan menjadi salah satu kasut ‘sneaker’ kegemaran dalam koleksi anda.
3. XT-6 daripada Salomon ($299)
Direka pada asalnya bagi tujuan khusus untuk kegiatan mendaki, Salomon XT-6, kini mendapat tempat dalam fesyen jalanan dengan reka bentuk yang menggabungkan fungsi dan gaya.
Reka bentuk yang tahan lasak tetapi tetap bergaya menjadikannya pilihan popular dalam kalangan peminat ‘gorpcore’, trend fesyen yang mementingkan pakaian berfungsi.
‘Gorpcore’ ialah trend fesyen apabila pakaian yang biasanya direka untuk riadah di luar, dipakai sebagai pakaian jalanan.
Dengan tapak yang direka khas untuk memberikan cengkaman terbaik, XT-6 adalah kasut ‘sneaker’ yang sesuai untuk sebarang kegiatan luar atau sekadar menyempurnakan penampilan harian.
4. Superga X TEM Sneaker
daripada The Editor’s Market ($99.90)
Kerjasama antara jenama Italy, Superga dengan jenama tempatan, The Editor’s Market, menghasilkan kasut ‘sneaker’ tenis klasik 2750 yang diberi sentuhan seni hasil ilustrasi tangan.
Kasut itu bukan sahaja bergaya malah ia juga amat selesa – satu pilihan ideal bagi sesiapa sahaja yang banyak berjalan atau menjalani kegiatan harian yang sibuk.
Sama ada anda memakainya ketika bekerja, bercuti, atau bersiar-siar, Superga X TEM, ini pasti akan menarik perhatian.
5. Old Skool daripada Vans ($64)
Dikenali dengan ketahanan yang luar biasa, kasut ‘sneaker’, Old Skool daripada Vans, tidak akan mengecewakan.
Direka dengan tapak getah yang kukuh, kasut ini memberikan keselesaan sepanjang hari.
Rekaannya yang versatil membolehkan ia dipadankan dengan pelbagai gaya, sama ada seiring seluar jean untuk penampilan kasual atau gaun agar kelihatan lebih formal.
Old Skool juga terkenal dengan keupayaannya untuk bertahan lama, menjadikannya pelaburan fesyen yang bijak.
6. Clean 90 Sneaker
daripada Axel Arigato ($416.78)
Rekaan minimalis yang bersih dengan sentuhan elegan, Clean 90 daripada Axel Arigato, adalah kasut ‘sneaker’ yang sesuai untuk penggiat fesyen yang inginkan penampilan bergaya chic tanpa banyak perincian.
Tumit dan tapak getah yang tinggi memberikan kasut ini identiti tersendiri.
Bukan sahaja bergaya, kasut ini malah memberikan keselesaan maksimum – pilihan tepat untuk dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian.
7. Mexico 66 Slip-On daripada
Onitsuka Tiger ($160)
Rekaan Mexico 66 Slip-On yang langsing mendapat cetusan inspirasi daripada kasut sukan pada era 1960-an.
Ia adalah pilihan tepat bagi mereka yang menghargai keselesaan tanpa mengorbankan gaya.
Direka khas agar menjadi serba guna, ia boleh dipakai semasa bekerja atau bersantai pada hujung minggu.
Kasut ini mempunyai penampilan klasik namun moden, sesuai dengan pelbagai jenis pakaian.
8. Blazer Mid ‘77 Vintage
daripada Nike ($159)
Untuk penampilan gaya sukan atau ‘sporty’ yang klasik, Blazer Mid ‘77 Vintage, menawarkan siluet yang menonjol.
Dengan siluet retro yang menonjol dan sokongan tapak kasut yang kuat, kasut ‘sneaker’ ini dapat memberikan sokongan yang sempurna untuk kegiatan seharian, terutamanya bagi mereka yang gemar bersenam di gimnasium.
Ia menjadi pilihan popular dalam kalangan pengguna di gimnasium dan peminat fesyen.
Nike Blazer Mid ‘77 Vintage menawarkan rekaan gaya sukan yang ‘sporty’.
Rekaan yang ikonik dengan logo Nike yang besar di sisi menjadikannya sepasang kasut yang bergaya dan praktikal untuk dipakai sepanjang masa.
9. Stan Smith Shoes
daripada Adidas ($159)
Klasik sepanjang zaman, Adidas Stan Smith, tetap menjadi pilihan utama untuk penggemar fesyen kasual.
Ia menawarkan keselesaan yang luar biasa, satu pilihan kasut yang sesuai dipakai sepanjang hari.
Rekaannya yang sederhana tetapi elegan memudahkan anda memadankannya dengan hampir semua pakaian, daripada jean hingga pakaian sukan.
Bagi mereka yang mencari sesuatu yang santai namun bergaya, Stan Smith adalah jawapannya.
10. Unisex Chuck Taylor All Star Hi
daripada Converse ($89)
Kasut ‘sneaker’ ini telah lama menjadi pilihan kegemaran ramai kerana reka bentuknya yang klasik.
Ia senang dipadankan dengan apa jua gaya pakaian, daripada pakaian kasual hingga gaya yang lebih chic.
Chuck Taylor All Star Hi memberikan sentuhan segar kepada setiap penampilan dan merupakan sesuatu yang wajib ada dalam koleksi kasut anda.
11. Keds Champion Originals
daripada Keds ($64.95)
Diperbuat daripada kapas organik yang lestari, Keds Champion Originals, adalah pilihan yang bijak bagi mereka yang mahukan kasut ‘sneaker’ yang ringan, selesa, dan mesra alam.
Rekaan yang klasik menjadikannya mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian.
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut ini memastikan kaki anda kekal selesa sepanjang hari.
12. 2750 White daripada Superga ($79.90)
Superga 2750 White adalah kasut ‘sneaker’ yang dianggap sebagai keperluan asas dalam setiap koleksi pakaian.
Diperbuat daripada kapas yang tahan lama dan boleh dicuci dengan mesin, ia adalah pelaburan jangka panjang untuk mereka yang ingin bergaya dari musim ke musim.
Kasut ini adalah pilihan tepat bagi mereka yang menghargai rekaan sederhana tetapi praktikal.
13. Original Achilles Lace-Up Sneakers
daripada Common Projects ($551)
Dikenali dengan rekaan minimalis, Original Achilles Lace-Up Sneakers daripada Common Projects, adalah simbol keanggunan penuh bergaya.
Kasut ‘sneaker’ mewah ini menawarkan tapak yang selesa.
Ia merupakan pilihan popular dalam kalangan peminat fesyen yang menghargai rekaan yang simple, bersih dan tidak keterlaluan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg