Katakan 'tidak' pada watak rendahkan kaum wanita: Pelakon Juliette Binoche
Premium
Katakan 'tidak' pada watak rendahkan kaum wanita: Pelakon Juliette Binoche
Sep 21, 2022 | 5:30 AM
KATAKAN TIDAK: Juliette Binoche menasihati agar wanita perlu tahu bagaimana untuk menolak tawaran watak yang merendahkan kaum wanita. - Foto AFP -
PELAKON harus belajar untuk mengatakan "tidak" kepada watak yang merendahkan kaum wanita, kata aktres berasal dari Perancis, Juliette Binoche, yang memenangi piala di Festival Filem San Sebastian, di mana beliau diberi penghormatan dengan anugerah untuk kerjaya lakonannya.
"Anda perlu tahu bagaimana untuk mengatakan 'tidak' kepada perkara-perkara tertentu supaya anda tidak terperangkap dalam situasi di mana anda dipandang dengan cara tertentu," kata Binoche, yang merupakan salah seorang pelakon terkenal di Perancis.

