Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KC sahut cabaran gunakan kesan visual, audio dalam acara di Esplanade

Personaliti media sosial ini akan kendalikan acara 'Malam Seram Lagi Seram' di Studio Annex
May 13, 2023 | 05:30 AM



SELAMA hampir 15 tahun, orang ramai mengenali pengisi kandungan digital KC Champion atau nama sebenarnya Abdul Karim Sadali sebagai 'Pencerita Seram Otai'.



Dari mengendalikan program Misteri Jam 12 di stesen radio Ria 897, beliau kemudian mempunyai program YouTube Malam Seram.



Selepas tiga tahun berturut-turut ditawarkan menyampaikan cerita seram di ruang legar Esplanade dalam acara percuma sempena pembuka tirai Pesta Raya, KC, 43 tahun, dicabar pusat seni itu untuk mengadakan acara berbayar Malam Seram Lagi Seram di Studio Annex, Esplanade pula.



Acara tersebut berlangsung pada 18 Mei (8 malam) dan 19 Mei (8 malam dan 10.30 malam) sempena Pesta Raya 2023.



Semua tiket sudah habis dijual.



Ikuti wawancara Berita Harian bersama KC.



Soalan (S): Perasaan apabila ditawarkan peluang bikin acara berbayar di ruang lebih besar?



KC: Saya sangat berbesar hati dan teruja apabila diberi peluang ini. Saya tahu Esplanade merupakan institusi seni yang ada piawaian tersendiri. Nikmat bekerjasama itu amat saya hargai.



Selama tiga tahun mengendalikan acara ini, dan kebiasaannya pada hari biasa seperti malam Jumaat di mana keesokan harinya ramai yang perlu keluar bekerja... terkesan juga apabila melihat ramai orang membanjiri ruang legar Esplanade hanya untuk mendengar cerita saya.



S: Apakah cabaran kali ini?



KC: Selalunya saya hanya bercerita dan memberi kesan audio. Kali ini, saya perlu perhatikan unsur visual pula selain memantapkan kesan bunyi. Bagaimanapun, saya tidak akan lupakan asas untuk bercerita kisah seram.



S: Anda sinonim dengan gelaran 'Pencerita Seram Otai'. Ulas pengalaman.



KC: Dari zaman radio lagi sehingga bikin kandungan digital sepenuh masa, saya mempunyai matlamat untuk menghiburkan seisi keluarga.



Justeru, saya harus pastikan penggunaan bahasa dan pertuturan yang mesra keluarga. Saya ingin sekeluarga dapat nikmati kisah seram.



Ada beberapa cabaran yang dihadapi. Orang selalu tanyakan tentang cabaran mistik di mana saya bikin segalanya secara langsung pada 11 malam... saya ada anak-anak kecil pula.



Tapi saya pastikan kandungan penceritaan saya tidak terlampau ekstrem sehingga membaca jampi serapah atau ada adegan provokasi dunia ghaib.



Saya tekankan dalam diri saya, ia harus perkara baik untuk tontonan dan pendengaran semua.



S: Kisah paling seram pernah dikongsi?



KC: Yang diceritakan individu itu sendiri. Ada seorang mak cik yang menelefon saya dan bercerita dengan suara yang menyeramkan.



Dia berbisik-bisik dan selepas cerita, dia akan ketawa. Cara ketawanya itu mengerikan. Saya anggap ia sebagai nilai hiburan. Saya akan beri reaksi dan tidak berdiam diri. Reaksi saya pada cerita mak cik itu menjadi semacam satu tarikan.



S: Pengalaman seram sendiri?



KC: Tak banyak pengalaman seram. Saya tidak mahu mudah terbawa-bawa dengan segala yang diceritakan. Pesan pada diri, 'Jangan terlalu taksub'.



Pengalaman saya pun tidak begitu menarik.



S: Adakah anda peminat filem seram?



KC: Saya tidak menontonnya sebagai hobi, tetapi lebih kepada mencari bahan untuk disajikan kepada penonton. Saya tengok laman mana atau kandungan TikTok yang tular. Memang kalau diminta pilih genre, saya lebih pilih genre seram daripada aksi, romantis atau komedi.



Saya lebih kepada filem seram 'thriller' seperti cerita 'zombie' atau kes pembunuhan misteri daripada seram hantu.



S: Trend cerita seram masa kini?



KC: Di YouTube, sudah ramai yang bikin kandungan sendiri dengan duduk di depan kamera dan bercerita kisah seram, baik di Singapura atau Malaysia.



Di seberang Tambak, ada yang menganggap saya sebagai 'Otai Cerita Seram'. Saya pernah berkolaborasi dengan pengisi kandungan yang baru, untuk sama-sama belajar cara nak kekal relevan dalam industri seram.



Tak dinafikan, cerita seram sama macam komedi. Tarikannya ada. Semua mesti nak pasang telinga kalau ada 'member' datang dengan cerita seram.



S: Perancangan masa depan?



KC: Teringin nak terbitkan filem seram pendek. Cuma buat masa ini, saya dan isteri, Fiza O sibuk dengan beberapa komitmen kami sebagai pengisi kandungan.



Harapan saya, filem seram ini boleh dihasilkan untuk dipasarkan di Singapura dan seberang Tambak.



S: Pesanan buat pengisi kandungan muda?



KC: Perlu ada ilmu pengetahuan. Boleh belajar daripada guru di kelas-kelas pengisian kandungan atau belajar sendiri di YouTube.



Tak boleh terus terjun. Saya sendiri pada awalnya gigih pelajari cara bagaimana nak bikin studio, gunakan skrin hijau dan kamera apa nak pakai.



Jangan ada 'semangat dua minit' dan selepas itu, segalanya terbengkalai.



Sebelum 2016, saya bikin kajian dan bincang dengan isteri. Seronok tengok ramai buat duit...ada doktor di YouTube, peguam di YouTube tetapi mereka semua orang Amerika atau Eropah, tiada dari Singapura atau Malaysia.



Awal-awal memang kurang tidur dan selalu tertidur juga di kereta apabila teruja rakam cerita seram dalam kereta. Sedihnya apabila tontonan cuma hanya 800 hingga 1,000 sahaja.



Tapi saya beritahu diri saya, jangan putus asa. Dalam masa enam hingga tujuh bulan, baru dapat hasilkan video yang tular. Penularan lebih ketara dalam kalangan warganet Malaysia. Dari situ, pelanggan dan pengikut bertambah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >