Topik diikuti
Pergi ke BHkuKecomelan Arif Jiwa 'pukau' pengikut Instagram
Premium
Kecomelan Arif Jiwa 'pukau' pengikut Instagram
Kecomelan Arif Jiwa 'pukau' pengikut Instagram
TERBUKA PADA PROJEK PROGRAM REALITI: Asyraf Khalid (kanan) tidak mahu terburu-buru melibatkan anaknya, Arif Jiwa, dalam dunia selebriti tetapi terbuka dengan idea menyertakan si comel itu dalam program realitinya sendiri. Arif yang juga ditemani ibunya, pelakon Tya Arifin, memenangi kategori Si Cilik MeleTOP. - Foto BH oleh PUTRI MARDHIYAH YAZID -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 10, 2018 | 5:30 AM
TEPUKAN paling gemuruh diterima Arif Jiwa Asyraf, sejurus si comel yang baru berusia setahun itu, didukung ibunya, pelakon Tya Arifin, ke pentas bagi menerima Anugerah Si Cilik MeleTOP.
Wartawan yang berhimpun di bilik media menanti kehadiran Arif turut bersorak melahirkan rasa gembira di atas kemenangan satu-satunya cucu usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan bekas isterinya, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham.
