Kehalusan bahasa Melayu menyerlah dalam lirik dikir barat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kehalusan bahasa Melayu menyerlah dalam lirik dikir barat

Kumpulan Andika juara GeylangGang Dikir sempena Bulan Bahasa
Sep 16, 2022 | 5:30 AM

Kehalusan bahasa Melayu menyerlah dalam lirik dikir barat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
JUARA: Kumpulan Andika melihat pertandingan ini sebagai peranan penting demi memartabatkan bahasa dan budaya Melayu melalui seni warisan. - Foto ANDIKA
JUARA: Kumpulan Andika melihat pertandingan ini sebagai peranan penting demi memartabatkan bahasa dan budaya Melayu melalui seni warisan. - Foto ANDIKA -

DI sebalik ketangkasan mereka menghayun tangan dengan gerak yang kemas lagi kreatif, terdapat lirik yang bertujuan memberi semangat serta menonjolkan keindahan bahasa dan budaya.

"Celiklah akal, adab, adat saling bergandingan, harap terjana, harap terjalin bangsa madani."

Inilah antara kata-kata puitis terkandung dalam persembahan kumpulan dikir barat Andika - juara pertandingan GeylangGang Dikir, yang menghiburkan sekitar 5,000 penontong di Wisma Geylang Serai baru-baru ini. Acara itu diadakan sempena Bulan Bahasa.

Dalam pertandingan yang disertai 15 kumpulan tempatan, Andik muncul juara, mendahului Kelana Purba yang diangkat sebagai Naib Juara dan Langgam Sukma Sari di tempat ketiga.

Kesemua peserta perlu menunjukkan mengguna bahasa Melayu secara kreatif dan menyampaikan mesej dengan Tema Bahasa Yang Hilang.

Bercakap kepada Berita Harian (BH), Encik Syafiq Moklas, 29 tahun, tukang karut Andika, berkata pertandingan itu memainkan peranan penting dalam usaha memartabatkan bahasa dan budaya Melayu menerusi seni.

"Kemenangan bukan bergantung pada trofi dan hadiah sahaja. Namun, kami memberikan keutamaan kepada kepuasan yang kami rasai sebagai secara berkumpulan kerana menyumbangkan suatu persembahan yang boleh dihargai oleh masyarakat Melayu Singapura," tambahnya lagi.

Penulis seni kata Andika, Encik Muhammad Ilyia Kamsani, 29 tahun, berkongsi istilah dan makna di sebalik lirik mereka.

Lirik 'Celiklah akal, adab, adat saling bergandingan, harap terjana, harap terjalin bangsa madani' bermaksud untuk sentiasa terbuka bagi memanfaatkan dan mencipta konsep, istilah dan idea baru yang membumi dengan realiti dan pandangan dunia masa kini.

"Kami sekumpulan percaya seni dikir barat dapat menjadi bukan sahaja suatu bentuk hiburan bahkan berpotensi mewujudkan pembelajaran terhadap persoalan bahasa dan budaya.

"Keindahan seni kata yang tersulam dengan nilai-nilai murni selayak diteladani oleh setiap lapisan masyarakat," dedahnya.

Selain itu, Encik Muhammad Hakim Jamaludin, 29 tahun, tukang karut dan penulis seni kata berharap bahasa Melayu dapat kekal dinamik dan relevan untuk setiap generasi baru.

Dalam pada itu, kumpulan Langgam Sukma Sari memenangi anugerah Seni kata Terbaik , Calon Muzik Terbaik dan tempat ketiga pertandingan itu.

Langgam Sukma Sari adalah sebuah kumpulan bawah naungan kumpulan Semangat Keris yang ditubuhkan pada 2011.

Kumpulan itu dianggotai remaja, termasuk yang masih belajar dan berharap dapat mengekalkan semangat kumpulan Keris dan juga pelapis serta penyambung seni dikir barat masa hadapan.

"Peranan kami adalah untuk mewujudkan pengetahuan dari seni kami untuk membantu didik dan kongsi bahasa dan budaya Melayu kepada generasi muda sambil kekal relevan dengan trend yang kian berubah," dedah Encik Fahruddin Anuar, 28 tahun, anggota kumpulan Semangat Keris dan Pengasas Langgam Sukma Sari.

Lirik penutup persembahan kumpulan itu berbunyi: 'Yang berharga, bernilai adalah pemikiran. Kuyakin kapak-ku ini tak mudah ditelan Masa'

Beliau menambah lirik itu bertujuan mengingatkan masyarakat tentang ideologi kita yang harus berubah.

"Daripada menyalahkan generasi muda kerana kurang fasih bahasa Melayu, kita harus mempunyai anjakan minda dan sebaliknya meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk memeliharanya," kongsi Encik Hidayat Nordin, 35 tahun, penulis Langgam Sukma Sari di sebalik makna lirik itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg